TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:54am

Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm

Xiaomi baru-baru ini telah mengesahkan bahawa peranti naiktaraf bagi model Mi Max 3 akan diperkenalkan sebagai Mi Max 3 Pro. Bagaimanapun, mereka tidak memberi penjelasan lanjut berkenaan peranti tersebut semasa pengumuman itu.

Namun, menurut laporan terkini, Xiaomi Mi Max 3 Pro telah disenaraikan pada laman sesawang Qualcomm dimana ia dilaporkan akan menggunakan cip pemprosesan terkini syarikat berkenaan iaitu Snapdragon 710. Ia turut digunapakai oleh peranti Xiaomi Mi 8 SE sebelum ini.

Kredit : Playfuldroid

Selain daripada maklumat berkaitan sistem cip berkenaan, tiada maklumat lanjut tentang peranti Mi Max 3 Pro didedahkan pada penyeneraian tersebut. Menurut laporan, Mi Max 3 Pro akan mempunyai ciri yang hampir sama dengan model Mi Max 3.

Xiaomi Mi Max 3 hadir dengan skrin sebesar 6.9 inci serta bateri berkapasiti 5,500 mAh. Ia juga akan dijalankan dengan antaramuka MIUI 9.5 yang berlandaskan Android 8.1 Oreo serta dijana dengan memori 6GB RAM. Bagi cip pemprosesanpula, Mi Max 3 menggunapakai cip Snapdragon 636, lebih rendah berbanding Mi Max 3 Pro.

Ia sekaligus memberikan gambaran bahawa Mi Max 3 Pro akan dijual pada harga yang lebih tinggi daripada Mi Max 3. Mi Max 3 dijual pada harga 1,699 Yuan(~RM 1,014) bagi model 4GB + 64GB dan 1,999 Yuan(~RM 1,192).

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 9 Aug 2018

Cara Unik Mengambil Screenshot Lewat Google Assistant

Menangkap gambar yang ada di layar smartphone dengan cara konvensional? Guna tips ini

TECH Mon, 10 Sep 2018

Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Teknik mengelakkan ‘Stalker’ melihat gambar anda.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu

Seperti Facebook, Twitter juga tidak terlepas daripada dibanjiri oleh akaun-akaun palsu. Akaun-akaun ini didaftarkan atas pelbagai sebab tersendiri antaranya untuk menyerang pengguna lain, membuat kiriman-kiriman tidak sepatutnya dan banyak lagi. Twitter telah mengenalpasti bahawa majoriti

TECH Sat, 7 Sep 2019

Padamkan (Junk File) Pada Whatsapp, Ini Caranya

Jangan sekali mematikan proses “Auto Download”

TECH Tue, 18 Dec 2018

Tips untuk Meningkatkan Grafik PUBG di Android ke Flat Tepat

Ingn grafik yang cantik masa bermain PUBG ikuti langkah ini

TECH Wed, 18 Jul 2018

MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet

MediaTek boleh dikatakan banyak menawarkan cip pemprosesan dalam segmen bajet dan pertengahan. Semalam, sebuah lagi cip dalam keluarga bajet dikeluarkan yang mana ia dibangunkan bagi memberi saingan kepada Snapdragon siri 400 dari Qualcomm. Dikenali sebagai Helio A22,

Events Fri, 8 Nov 2019

HONOR Band 5 Sport Opens For Pre-Sale RM10 Cheaper On 11.11

Get your game on! The smart fitness tracker the keeps you stylish and fashionable all game, all season.

TECH Tue, 11 Dec 2018

Cara Unfollow Akaun yang Tidak Followback di Instagram

Berharap untuk memadamkan banyak akaun sekaligus yang tidak mengikuti Instagram kita kembali. Anda boleh menggunakan kaedah berikut.

TECH Mon, 30 Jul 2018

8 Idea Susun Atur Foto Menarik Untuk Instagram

Mahukan penampilan kemas pada Instagram? Berikut kami kongsikan tips – tips susun atur yang menarik pada Instagram anda.

Contest Fri, 18 Oct 2019

Win an HONOR 20 and More by Just Snapping the Most Picturesque #DayNight Shot

Flaunt your creativity with HONOR’s #DayNight Photography Contest.

| Live TV