TECH By: SGMS Putri July 14, 2018 @ 12:56pm

Xiaomi Mijia Quartz Watch – Jam Pintar Dengan Harga Mampu Milik

Xiaomi yang terkenal dengan peranti telefon pintar mampu milik kini hadir dengan satu lagi produk dengan paras harga yang sama iaitu Mijia Quartz Watch. Ini merupakan sebuah lagi produk jam tangan pintar dibawah jenama mereka selepas Mi Bunny, Amazfit, Xiaoxun dan WeLoop.

Peranti ini akan hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti pembilang kalori dan pedometer jika dihubungkan dengan aplikasi yang dibangunkan oleh Xiaomi. Mijia Quartz Watch ini akan mula dijual di pasaran China dengan harga cuma 349 Yuan(~RM 211) sahaja.

Tidak seperti kebanyakan jam pintar yang lain, Mijia Quartz Watch ini akan menggunakan sistem analog dan akan menyelaraskan masa secara automatik serta menyokong fungsi tetapan jam penggera. Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang sesuai melalui peranti telefon pintar.

Ia boleh dihubungkan dengan sebarang peranti yang menjalankan sistem Android 4.4 ke atas dan iOS 7 ke atas. Walaupun mempunyai fungsi pintar yang agak terhad, ia sudah cukup untuk menarik perhatian pengguna yang sukakan gaya minimalis dan sedikit sentuhan teknologi terkini pada jam yang dipakai.

Jam ini juga mampu bertahan sehingga 30 meter atau 3atm, maka tiada masalah untuk anda menggunakannya sewaktu mencuci tangan atan berjalan di dalam hujan lebat. Namun, pengguna dinasihatkan untuk tidak memakainya sewaktu berenang.

Xiaomi Mijia Quartz Watch akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan kelabu namun terdapat kemungkinan warna-warna lain akan turut diperkenalkan kemudian. Peranti ini akan mula dijual di laman Xiaomi Mall, Xiaomi Youpin dan Tmall Xiaomi Flagship Store pada 17 Julai ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 15 Aug 2019

Cara Mudah Cari Arah Kiblat

Bagusnya  Qibla Finder ni dapat bantu cari arah kiblat

TECH Sat, 18 Aug 2018

Cara Mudah Mengubah Format dan Saiz Video

Kepada anda yang masih tercari – cari cara untuk mengubah format video ataupun mengecilkan saiz asal, berikut kami kongsikan cara -caranya.

Events Thu, 31 Jan 2019
TECH Tue, 10 Apr 2018

Petaling Jaya Peeps, Paying for Parking Has Just Become Super Easy

It’s all thanks to this cool app which you can also use to pay your summonses!

TECH Sun, 14 Jul 2019

7 Peranti Pintar “Gaming” Dengan Harga Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari peranti pintar Gaming dengan harga dibawah RM1000, berikut antara 7 peranti yang boleh anda pilih.

Automobile Thu, 15 Feb 2018

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

Ada banyak kejadian pemandu  meninggal dunia akibat tertidur di dalam kereta yang dalam keadaan enjin dan penghawa dingin masih hidup. Keadaan itu amat berbahaya kerana  hawa di dalam kereta boleh  mengeluarkan racun gas monoksida.

TECH Sat, 24 Feb 2018

Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar!

Malaysia merupakan  antara negara yang  rakyatnya memiliki telefon pintar tertinggi di dunia malah 78.7 %  daripada 24,572,446 adalah pengguna internet.

TECH Fri, 25 May 2018
TECH Wed, 4 Sep 2019

3 Langkah Pulihkan Gambar Yang “Blur”

Gambar ‘blur’? Ketahui cara-cara memulihkan gambar anda yang ‘blur’.

TECH Tue, 14 Aug 2018

充电速度变慢?手机放口袋方式大不同

现代人大多都会随身携带手机,但你知道手机放在口袋里的方式,会影响它的寿命吗?

| Live TV