Tali leher merupakan aksesori penting lelaki bekerja di pejabat yang mementingkan kekemasan dan penampilan berimej korporat. Tidak salah untuk anda ambil inisiatif memilih tali leher yang paling berpadanan untuk dipakai si suami supaya tampil segak ke pejabat.
Ini tips memilih tali leher yang boleh dijadikan panduan untuk anda:
1) Nisbah bentuk
Kerana tali leher didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan rekaan, adalah penting untuk memilih tali leher bersesuaian. Kelebaran yang terlalu besar akan menjadikan lelaki lebih konvensional dan klasik manakala lebih runcing atau tali leher skinny akan membawa aura muda, segar dan moden.
2) Jenis material
Seperti item fesyen lain, fabrik memainkan peranan penting dalam pemilihan sebelum membeli. Fabrik kashmer tidak berkilat seperti sutera menjadikan ianya paling cocok digayakan di majlis lebih kasual. Material kapas pula cukup versatil yang boleh disuai padankan dengan pelbagai stail dan corak kemeja.
3) Warna-warna selamat
Sebelum membeli, adalah bijak untuk melihat almari pakaian si suami secara keseluruhan. Lihat warna dan corak kemeja kerja yang dimilikinya, kemudian pilih tali leher yang selamat dan versatil untuk dipadankan.
4) Stay classy
Suami terlalu obses dengan anime Jepun? Namun tidak semestinya anda perlu belikan tali leher motif serupa untuknya ke pejabat. Jika ragu, pilih warna-warna subtle dan tidak terlalu menonjol, tali leher tidak sepatutnya menarik perhatian orang ke dada suami anda.
5) Corak sesuai
Selain warna, corak juga patut diberi perhatian. Apabila kemeja sudah bermotif jalur, dinasihatkan untuk dikenakan dengan tali leher polos atau berjalur lebih halus dan tidak terlalu menonjol. Balance is the key.
6) Melengkapi warna dominan kemeja
Tali leher sepatutnya boleh melengkapi warna kemeja tanpa perlu terlalu kontra atau blend in antara satu sama lain.
7) Pastikan cukup panjang
Juga terpulang cara ikatan, bucu tali leher wajib mencecah tali pinggang untuk tidak terlihat canggung.
8) Sesuaikan bergantung warna kulit
Lelaki berkulit gelap seharusnya memilih tali leher rona cerah, manakala mereka yang berkulit cerah cocok mengenakan tali leher gelap.
9) Black goes with anything
Warna hitam tidak akan salah untuk apa-apa, namun perlu disediakan warna lain juga untuk hari-hari lain dalam seminggu.
10) Saiz badan, saiz tali leher, sama penting
Tali leher standard bersaiz 3.5 inci. Tali leher skinny bersaiz 3 inci elok dikenakan lelaki rendah, kurus manakala jejaka lebih besar boleh menggayakan tali leher lebih lebar.
Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple