Tips By: tex_admin January 8, 2018 @ 8:49am

Wanita Sering Keliru, Ini 2 Tanda Sebenar Bila Berakhirnya Haid

“Eh, semalam ‘check’ macam dah tak ada kesan darah. Ni dah tengahari ada pula kesan kekuningan. Keputihankah atau masih period ni? Kelirulah. Apa tanda habis haid ya?”

Ramai wanita memang keliru apabila timbul isu begini. Mana tidaknya, terdapat macam-macam lagi cairan yang boleh keluar pada vagina atau faraj selain darah haid. Antara yang paling kerap adalah masalah keputihan dan darah istihadhah (darah penyakit). Jadi, bagaimana mengenalpasti sama ada darah ini merupakan darah haid atau bukan?

APAKAH DARAH HAID?

Sebelum itu, kita perlu kenali serba sedikit tentang darah haid. Darah haid keluar akibat keruntuhan dinding rahim setiap bulan apabila tiada telur yang disenyawakan. Menurut ahli ulama, warna-warna darah haid ada lima, iaitu

-Hitam
-Merah
-Asyqar (warna antara merah dan kuning)
-Kuning
-Keruh
-Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam atau merah gelap, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh iaitu rona kecoklatan.

Semasa tempoh keruh atau kekuningan inilah ramai wanita yang keliru kerana kadangkala ia disangkakan keputihan atau darah istihadhah.

2 TANDA HABIS HAID WANITA, DAH BOLEH MANDI WAJIB

Umumnya, terdapat 2 tanda habis haid yang perlu diambil kira.

1. KERING & BERSIH

Tanda habis haid yang paling utama adalah faraj anda sudah benar-benar kering dan bersih. Ini bermaksud, tiada sebarang kesan kekuningan, kecoklatan, atau kemerahan apabila anda mengesat bahagian faraj dengan kain atau tisu putih.

Jika warna putih kapas tidak berubah, dia wajib mandi hadas dan mengerjakan solat. Namun jika di kapas ada bekas merah, kuning, keruh, atau coklat, maka tunggulah sehingga ia benar-benar bersih. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

2. KELUARNYA CECAIR PUTIH

Satu lagi tanda habis haid adalah keluarnya cecair berwarna putih daripada faraj. Setelah keluarnya cecair berwarna putih ini, jika masih terdapat kesan merah, kuning, atau coklat pada farajnya, ia tidak lagi dikira sebagai haid. Namun, sesetengah wanita mungkin tidak mengalami hal ini ataupun tidak perasan berlakunya tanda ini.

TEMPOH KEBIASAAN HAID

Jika masih ragu-ragu, rujuklah pada tempoh kebiasaan haid anda setiap bulan. Menurut sumber menerusi halaqah.net, warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini bermakna, jika masih ada kesan kecoklatan atau kekuningan dalam tempoh 15 hari, ia dikira sebagai haid.

BAGAIMANA JIKA TIDAK TETAP HAID?

Ya, sesetengah wanita mempunyai masalah yang lebih rumit untuk mementukan tanda habis haid jika tidak tetap tempoh haidnya setiap bulan. Oleh itu, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk membezakan darah haid dengan darah istihadhah seperti di bawah ini

4 CARA MEMBEZAKAN DARAH HAID DENGAN DARAH ISTIHADHAH

Terdapat 4 ciri yang membezakan darah haid dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh wanita.

1. WARNA

Darah haid berwarna merah gelap, sedangkan darah istihadhah berwarna merah segar (merah darah).

2. KEKENTALAN

Darah haid lebih kental manakala darah istihadhah lebih cair.

3. BAU

Darah haid berbau hanyir, sedangkan darah istihadhah biasanya tidak berbau

4. KEADAAN DARAH

Darah haid masih kekal lembab setelah ianya keluar manakala darah istihadhah akan mengering karena ia adalah darah dari pembuluh.

Nota: Jika seorang wanita mengalami haid, dia tidak boleh solat dan puasa. Tetapi, jika dia mengalami istihadhah, dia tetap wajib solat dan puasa. Hanya perlu berwuduk adan menyucikan darah istihadhah tersebut apabila hendak solat.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid. Tetapi, jika terdapat kesan darah atau ‘spotting’ dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Tetapi, jika wanita tidak mempunyai tempoh haid tetap, maka perlulah mengenalpasti sama ada darah tersebut adalah darah haid atau nifas, berdasarkan 4 ciri yang dijelaskan di atas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tips Sun, 21 Jan 2018

10 Tip Penjagaan Gigi

Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang penting bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau.

Tips Tue, 20 Feb 2018

Pedulikan Penghasad Dengki, Ini 8 Cara Raih Bahagia

Adakah anda gembira, sukar atau penuh dengan kesedihan? Realiti kehidupan, pasti dipenuhi dengan pahit, manis, duka, dan gembira.

Oh Lawa Tue, 27 Aug 2019

Lawanya extension bulu mata! Sebelum buat, ini panduannya

Pemasangan  bulu mata semakin diminati oleh kebanyakan wanita dan ia kini menjadi trend di Malaysia. Ia adalah teknik memasang bulu mata untuk menampakkan bulu mata anda lebih lebat, lentik dan panjang.  Kaedah dinamakan persambungan ini […]

Tips Thu, 25 Jan 2018

5 Cara Atasi Malas

Malas merupakan sikap yang memang ada pada setiap individu. Antara punca seseorang itu menjadi malas adalah kerana kurang motivasi diri, terlalu senang dengan keadaan sekarang serta tubuh badan yang letih.
Sikap malas jika tidak diatasi boleh memberi impak negatif kepada diri, karier dan juga kesihatan. Berikut merupakan lima cara mudah untuk mengatasi masalah malas.

Tips Fri, 2 Feb 2018

Tip Pilih Sweater

Sweater atau baju panas walaupun tidak sepopular t-shirt di negara-negara beriklim panas dan lembab seperti Malaysia, namun item fesyen ini mesti ada dalam simpanan almari seseorang.

Tips Wed, 31 Jan 2018

10 Kata-Kata Motivasi Dato’ Fazley

Dato’Fazley berkongsi 10 kata-kata motivasi dan nasihat untuk menyuntik semangat semua!

Tips Mon, 8 Jan 2018

Ketahui 6 Sebab Kenapa Jerawat Naik Tanpa Henti Di Beberapa Bahagian Badan Ini

Aduh! Jerawat naik lagi? Wanita memang tidak akan terlepas dari mengalami dilema apabila jerawat tumbuh kan? Tetapi, untuk pengetahuan anda, apabila jerawat tumbuh, ini bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Jerawat yang […]

Tips Thu, 8 Feb 2018

Tak Tahu Nak ‘Handle’ Suami Sibuk Macam Dato’ Aliff Syukri? Baca 5 Tips Dari Datin Shahida Ini!

Pasti ramai wanita di luar sana yang mencemburui Datin Sri Shahida kerana memiliki suami yang kaya raya seperti Dato’ Sri Aliff Syukri.

Tips Wed, 14 Mar 2018

Dambakan Wajah Yang Mulus & Berseri? 10 Jenis Masker Semulajadi Ini Sangat Mudah & Jimat Dibuat Sendiri Di Rumah

Kata-kata pujian sebegitu pasti anda suka kan? Iyalah, wanita memang suka dipuji lagi-lagi bab kecantikan diri mereka. Tetapi tidak semua wanita mempunyai kulit wajah yang ‘perfect’! Dan pastinya pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang didambakan. Sama ada membeli produk-produk skrincare mahupun membuat treatment kecantikkan sehingga sanggup berhabis duit. 

Tips Fri, 19 Jan 2018

Tip Pilih Tali Leher Buat Suami

Tali leher merupakan aksesori penting lelaki bekerja di pejabat yang mementingkan kekemasan dan penampilan berimej korporat.

| Live TV