Hiburan By: SGMS Faida September 20, 2018 @ 5:00pm

Siti Nurhaliza Yakin Kemampuan Hael, Anta Permana Boleh Didengar Bermula Esok!

Cantik sungguh penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video sebalik tabir pembikinan klip video Anta Permana. Makin menawan!

Khabarnya, single ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini bakal menarik minat ramai kerana gabungan muzik moden serta klasik. Unik kan?

Memetik laporan BH Online, Siti memberitahu dia tertarik merakam lagu ciptaan dua komposer meningkat naik apabila mendengarnya buat pertama kali, Ogos lalu.

“ Tanpa berfikir panjang, Siti bersetuju merakamkan Anta Permana kerana yakin dengan kemampuan dua komposer muda itu.

“ Sejak Februari lalu, Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada Siti. Hanya pada Mei lalu, impiannya menjadi kenyataan apabila Siti tertarik dengan demo yang dihantar,” katanya.

Tambah Siti, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau infiniti.

“Lagu itu berkisar cinta sejati yang tiada bandingannya. Selain pemilihan judul dan maknanya yang bertepatan dengan lirik lagu, Siti juga berusaha memperkenalkan kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan.

“ Siti menaruh harapan tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap peminat muzik tempatan akan menyukainya. Siti anggap Anta Permana sebagai karya yang segar, mesra telinga dan mempunyai keunikan tersendiri menerusi gabungan muzik moden serta klasik,” katanya lagi.

Siti juga berhasrat untuk memperkenalkan video muzik lagu itu di YouTube berkemungkinan pada minggu hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022

Didakwa Menghina, Wakil OKU Buat Laporan Polis Terhadap Kak Long 7E

Fuh, semoga laporan polis ini akan memberi pengajaran kepada Kak Long 7E..

Featured Mon, 17 May 2021

Model Terkenal Bella Hadid Dipuji Ramai, Ikut Protes Kutuk Kekejaman Israel Di New York

Walaupun bergelar antara supermodel antarabangsa dengan memiliki bayaran paling mahal di dunia, model kelahiran Palestin Isabella Khair Hadid dilihat tidak berselindung apabila beliau secara terang terangan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Menerusi platform Instagram rasminya, […]

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Wed, 15 May 2019

Biarlah Lambat Popular…

Biarlah lambat popular pun, asalkan saya masih tahu batas dan berusaha jaga aurat.