Featured By: Yanie Baharom September 25, 2019 @ 9:42am

12 Selebriti dengan ketinggian melebihi 170 sm, sudahlah tinggi cantik pula!

Setiap kali memandang wanita bertubuh tinggi lampai, hati penulis sering berbisik “kenapalah aku tidak dilahirkan tinggi lampai?” Hakikatnya bagaimana mahu memiliki tubuh tinggi lampai andai ibu dan bapa pun mempunyai ketinggian sederhana sahaja.

Bukannya tidak bersyukur, tapi sebenarnya seronok bila melihat wanita tinggi begitu. Mereka bukan sahaja kelihatan seperti peragawati, malah segak bila berpakaian, nampak elok terletak sahaja. Satu lagi kelebihan, individu yang tinggi ini juga dikatakan susah mengalami pertambahan berat badat, makan apa sahaja sekali pun, mereka tidak akan ditimpa masalah gemuk.

Cuma mungkin masalah yang mereka akan hadapi ialah sedikit susah mencari calon suami, sebabnya rata-rata lelaki di Malaysia kebanyakannya mempunyai ketinggian yang sedang-sedang sahaja.

Sehubungan itu, Hijab & Heels ingin berkongsi informasi dengan pembaca mengenai barisan selebriti wanita yang mempunyai ketinggian melebihi 170 sentimeter (sm).

Sebahagian besar daripada mereka layak untuk menjadi model di pentas peragaan walaupun di pentas antarabangsa ketinggian ideal bagi seorang model adalah 175 sm, cuma selebriti yang diketengahkan  Hijab & Heels ini  kecenderungan mereka lebih kepada bidang lakonan dan pengacaraan.

Jom kita lihat siapa yang menduduki tangga pertama dalam senarai selebriti wanita tertinggi di Malaysia.

1. Thanuja Ananthan – 183 sm

Foto: Instagram Thanuja Ananthan

Dengan ketinggian 183 sm bersamaan enam kaki, Thanuja Ananthan Vijayendran sememangnya memenuhi kriteria model antarabangsa, malah berserta wajah yang rupawan dan kepintaran dimilikinya, wanita ini sememangnya layak diangkat sebagai ratu cantik Malaysia dan dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2009 sekali gus mewakili negara di Miss World 2009.

Thanuja juga berbakat dalam bidang lakonan. Beliau memulakan kerjaya lakonan profesionalnya menerusi filem aksi ngeri jenayah Temuan Takdir diikuti drama patriotik enam episod, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak.

2. Aisyah Aziz – 179 sm

Foto: Instagram Aisyah Aziz

Penyanyi kelahiran Singapura ini memang pernah terlibat dalam peragaan di Singapura sebelum dia menyertai Akademi Fantasia, namun begitu, bakat nyanyian lebih besar daripada gadis pentas peragaan!

3. Mimi Lana – 178 sm

Foto: Instagram Mimi Lana

Penulis baru sahaja bertemu dengan Mimi Lana pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32, baru-baru ini. Melihat kepada ketinggian Mimi dan apabila berdiri di sebelahnya, rasanya penulis hanya di paras bawah telinganya sahaja walaupun bertumit tinggi.

Di kaca televisyen, Mimi kelihatan seperti kecil sahaja orangnya mungkin kerana dia bertubuh kurus. Tetapi kalau dilihat secara berdepan, gadis ini sememangnya tinggi lampai. Apapun, buah hati kepada pelakon Syafiq Kyle ini yang merupakan finalis Dewi Remaja 2014/2015 membuktikan bahawa dia bukan sahaja cantik malah berbakat!

4. Kavita Sidhu – 178 sm

Foto: Instagram Kavita Sidhu

Kejelitaan Kavita Kaur, pemenang Miss Charm International 1990 mula melonjak menjadi perhatian umum sejak menerokai bidang peragawati di awal 80-an ketika menuntut di Kuala Lumpur.

Wajahnya yang fotogenik menjadi rebutan majalah berprestij di Malaysia termasuk pelbagai jenama komersil. Mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon dan kini penerbit filem, dunia fesyen Malaysia tetap menggangap Kavita sebagai salah seorang ‘Supermodel’ tempatan terawal tanah air.

Selain itu, dia juga sering diberikan jolokan Julia Roberts di awal pembabitannya.

Zahirah Macwilson – 174 sm

Foto: Instagram Zahirah Macwilson

Si gadis berdarah manis (istilah bagi mereka yang menghitung hari untuk mendirikan rumah tangga) yang juga merupakan pelakon kacukan Melayu – Australia ini, dalam diam rupanya pernah memasang angan untuk menjadi peragawati pentas peragaan. Akan tetapi, wajah komersil dan kejelitaan dimilikinya membuatkan dia ‘disambar’ oleh produser drama dan filem terlebih dahulu yang yakin dia boleh menjadi wajah pelaris karya mereka.

Ain Edruce – 171 sm

Foto: Instagram Ain Edruce

Ain mempunyai tubuh yang tinggi dan seksi. Malah wajah uniknya memang sesuai untuk sebarang kempen fesyen, tetapi Ain lebih cenderung menerjuni bidang lakonan dan pengacaraan. Kata Ain di awal kemunculannya dia pernah menjadi model pentas sambilan tetapi mungkin bidang hiburan lebih sesuai buatnya.

Yuna Zarai – 171 sm

Foto: Instagram Yuna

Jikalau Yuna mencuba bidang peragaan, mungkin dia menjadi antara model berhijab popular di Malaysia. Tetapi oleh kerana personalitinya yang pemalu dan sedikit pendiam, Yuna tahu dia lebih gembira untuk fokus kepada muzik dan nyanyian.

Amelia Henderson – 170 sm

Foto: Instagram Amelia Henderson

Amelia memiliki wajah yang sesuai untuk fesyen dan iklan komersial, malah dia juga mempunyai bakat yang mengagumkan selain lakonan, peragaan dan nyanyian (rapping). Mungkin peragaan di pentas bukan minat utama Amelia yang dilihat lebih berpotensi dalam komersil dan lakonan.

Fatiya Latiff – 170 sm

Foto: Instagram Fatiya Latiff

Fatiya memang aktif dalam iklan peragaan di awal kemunculannya dan peluangnya dalam bidang lakonan lebih menyerlah sejak drama Nur Kasih mendapat sambutan pada tahun 2009. Fatiya memiliki bakat besar tetapi sejak pelbagai kontroversi melandanya, peluang lakonan untuk dia sedikit berkurang.

Scha Alyahya – 170 sm

Foto: Instagram Scha Alyahya

Bekas pramugari dan juga pemenang Dewi Remaja 2006 ini memang terkenal sebagai antara ikon fesyen di Malaysia. Scha bagaimanapun tidak terlalu aktif dalam peragaan pentas walaupun dia layak menjadi model sejak dari awal kemunculannya. Mungkin kerana peluang lakonan dan pengacaraan lebih banyak untuknya.

11. Haneesya Hanee – 170 sm

Baru sahaja dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular di ABPBH32, Haneesya Hanee merupakan juara Dewi Remaja 2018/2019, namun kemenangannya pada 17 Januari 2019 ditarik semula berikutan penyebaran rakaman videonya berparti liar di media sosial. Ini menjadikan Haneesya sebagai peserta Dewi Remaja pertama yang ditarik balik kemenangannya.

Pun begitu, permohonan maaf secara terbuka yang dibuat olehnya membuatkan ramai yang bersimpati dan memberikannya peluang menebus kesilapan sekali gus mengejar cita-citanya dalam lapangan seni lakon.

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE

12. Datin Diana Danielle – 170 sm

Foto: Instagram Diana Danielle

Ini seorang lagi selebriti bertubuh lampai yang menjadi pilihan terakhir kami iaitu aktres berbakat besar, Datin Diana Danielle. Dia bukan sahaja menyerlah dalam bidang lakonan tetapi juga peragaan dan nyanyian. 

Berdarah kacukan Melau dan Eropah, memang tidak menghairankan kenapa Diana memiliki susuk tubuh persis model!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Jul 2018

五色棺材葬五种人,你知道棺材的颜色代表什么吗?

起棺材估计大家脑海中都会想起黑色的棺材,而黑色的棺材确实也是最常见的,那么有黑就有白,其实与之对应的还有白棺材和红棺材。那么棺材为什么还有五种颜色呢?

Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Trending Mon, 4 May 2020
Trending Tue, 6 Aug 2019

Insiden Bom Di Bangkok, Siapakah Suspek Utama?

Insiden Bom Di Bangkok Suspek Pernah Lawat Malaysia

Trending Fri, 23 Nov 2018

‘Ditelan’ Mesin Kitar Sampah, Separuh Badan Hancur

Hampir separuh badan hancur akibat insiden ini. Keadaan Daniel masih lagi belum stabil lagi.

Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Trending Tue, 18 Dec 2018

5 Perkara Menarik Tentang Miss Universe Terbaru, Catriona Gray

Saksikan juga sedutan di mana dia ditanya soalan yang mencabar!

Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

Trending Wed, 7 Mar 2018

Lawak! Koleksi Biskut Viral Bikin Pecah Perut

Biskut viral yang menggunakan hanya empat bahan asas ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja kerana bahan-bahannya yang murah tetapi bentuk biskut ini juga menjadi bahan lawak sebaik sahaja keluar daripada ketuhar

| Live TV