Categories: Trending

“2 Minggu Tak Makan Nasi, Bercakap Depan Cermin & Siap Pakai Bengkung!” – Diva AA Bergabung Meletop Dengan Kak Lina Pom Pom Kerana…

Meskipun selalu terpalit dengan kontroversi kerana celotehnya, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA tidak pernah berputus asa dalam menghangatkan industri seni tanah air. 

Terbaru, Diva AA sempat berkongsi berita gembira bahawa dia akan kembali menjadi pengacara program Lagu Cinta Kita 2 setelah 25 tahun.

“Memang terkejut dapat offer jadi host. Aku ingat mereka silap hantar mesej WhatsApp, ingat jadi artis jemputan tapi rupa-rupanya jadi pengacara.”

Diva AA terharu!

Terharu dengan lamaran pihak produksi yang masih memberikan sokongan kepada dirinya dan percaya pada bakat yang dimiliki, Diva AA tetap bersyukur kerana masih diberi peluang.   

Malah, netizen juga masih ingat akan kemampuannya untuk mengacara.  

“Dia seorang personaliti yang brilliant” 

Memuji Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sebagai seorang yang brilliant, Diva AA akui gandingan bersama Kak Lina seperti mimpi buat dirinya. 

“Lebih mengejutkan, aku akan mengacara bersama dengan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom. Dia seorang personaliti yang brilliant,”

“Aku pakai bengkung untuk pastikan nampak tegak…”

Tambah Diva AA, menjangkau usia 54 tahun, dia mengambil langkah-langkah drastik untuk kembali sebagai pengacara di kaca TV dengan membuat latihan. 

” Aku banyak bercakap dengan cermin dan berlatih, maklumlah dah lama sangat tak cakap ikut skrip, 

” Dah dua minggu juga aku tak makan nasi. Aku pun pakai bengkung untuk pastikan nampak tegak dalam usia macam ni,”  jelasnya.

Haa, nak tahu panas ke tidak pentas Lagu Cinta Kita Musim 2 ni? Jangan lupa temu janji korang, bermula 8 November 2020, setiap Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3! Korang juga boleh saksikan secara strim live HD di www.tonton.com.my. ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin