Trending By: Padin January 13, 2022 @ 8:03pm

2 Tahun PKP, Anak Nora Danish Tak Mahu Berenggang

Pelakon jelita Nora Danish mendedahkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim, 4, tidak mahu berenggang terlalu lama dengan dirinya.

Menurut Nora, dia kini terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukan komitmen panjang.

“Mungkin kerana sudah dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan diadakan sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa di rumah dengan anak. Dia tak mahu berenggang terlalu lama dengan saya.

“Saya hanya menerima satu tawaran sahaja dalam masa sebulan. Saya menjayakan telefilem atau super-telefilem yang tidak memakan masa lama. Buat masa ini, saya terpaksa menolak tawaran yang memerlukan komitmen panjang.

“Insya-Allah selepas ini, jika berkesempatan, pastinya saya akan kembali berlakon dalam drama bersiri atau filem,” katanya.

Sudah kembali aktif berlakon setelah dua tahun pandemik melanda, Nora memilih untuk membawa watak yang mencabar kemampuan serta mewarnai portfolio lakonannya.

“Saya teruja untuk kembali mewarnai dunia lakonan. Terbaharu, menerusi telefilem Survival 15 Kaki, saya membawakan watak Syuhada, seorang gadis yang tersesat dalam hutan.

“Saya akui watak Syuhada banyak memberikan cabaran dalam kerjaya lakonan saya. Saya kena masuk hutan, terperangkap dalam lubang dan bergelut dengan ular. Watak ini juga menjadi penyebab saya kini aktif melakukan aktiviti lasak seperti hiking.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, bersempena sambutan hari lahir ke-40 yang akan disambut Mac ini, saya sudah merancang untuk menawan Gubung Kinabalu. Semoga apa yang saya rancangkan menjadi kenyataan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Apr 2018

Dear Malaysians, You NEED to Know These 10 Things When You Vote

Even people whom have voted before should take note of these things.

Trending Thu, 20 Oct 2022

“Korang Ni Tak Belajar Agama Ke?” – Sajat Sekolahkan Netizen, Selar Keturunan Manusia Berasal Dari Monyet

Usahawan selebriti kontroversi, Nur Sajat sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila  memberi pandangan berkenaan isu cicit Nabi Muhammad SAW. @hazrinempire Apa kate sajat!..😎 #hazrinempire #sajat #skincare #personalcare #funny ♬ nhạc nền – 𝘾𝙝𝙞𝙡𝙡𝙃𝙤𝙪𝙨𝙚𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘 – 𝑩 […]

Featured Mon, 22 Nov 2021

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Pekerja ‘Offshore’ Yang Terkejut Dengan Kehadiran Ular Di Pelantar Minyak

Bekerja di pelantar minyak mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh membawa maut. Malah, keadaan di pelantar minyak itu sendiri terdedah kepada bahaya yang perlu dihadapi oleh pekerja pelantar setiap hari. […]

Trending Wed, 12 Jun 2019

Selepas Azwan Ali, Giliran Ummi Hafilda Komen Video ‘Panas’ Lelaki Mirip Azmin Ali

Sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapakah dua durjana ini yg tidak layak memimpin negara.