Trending By: SGMS Enal May 19, 2018 @ 10:15am

Netizen Terpukau Ucapan Tahniah Duta Perancis Dalam Bahasa Melayu

Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh terus dihujani dengan ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.

Yang menariknya, video ucapan tahniah Frederic itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus mendapat pujian daripada netizen Malaysia.

Rata-rata netizen memberikan komen terhadap tutur kata Frederic yang tidak kekok berbahasa Melayu malah tidak kedengaran pelat dan gaya percakapannya sama seperti orang Melayu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah pada warganegara Malaysia atas perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan tahniah pada Tun Dr Mahathir di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyatakan kerajaan Perancis bersedia bekerjasama dengan kerajaan baru dalam semua bidang.

Selain ucapan tahniah kepada perdana menteri, Frederic turut meluahkan perasaan gembira menyaksikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana memaparkan proses demokrasi di negara ini yang berjalan dengan lancar dan aman makmur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Jun 2022

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Bestnya dapat hadiah birthday 😍 Chef Wan memang bapa yang baik walaupun suka bebel 🤣

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Trending Tue, 5 May 2020

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Kini Bermula- Menteri Kewangan

Berita penting buat mereka yang memohon BPN!

Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Sun, 17 Jan 2021
Featured Thu, 3 Nov 2022

Wow! Idan Aedan Pelakon Pertama Tempatan Bintangi Siri Netflix Antarabangsa

Pelakon remaja, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, melakar sejarah industri seni apabila menjadi pelakon pertama tempatan yang membintangi Siri Netflix antarabangsa. Menerusi siri 13 episod berjudul Mr. Midnight: Beware The Monsters […]

Trending Wed, 22 Jan 2020
Trending Thu, 19 Sep 2019

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Tak tahu nak gelak ke nak menangis.. Ke tersalah hantar surat tu

error: Content is protected !!