Trending By: SGMS Faida June 21, 2018 @ 3:08am

Feri Langkawi- Kuala Perlis Terkandas

Sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas lebih enam jam di beting pasir muara Kuala Perlis, kira-kira 0.8 batu nautika dari Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis, di sini, malam tadi.

Difahamkan, seramai 432 orang berada di dalam feri berkenaan.

Ketua Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Zakariah, feri berkenaan terkandas ketika menghampiri terminal Kuala Perlis kira-kira pada 8 malam dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Usaha memindahkan penumpang dan 12 kru feri dilakukan bersama pasukan Polis Marin, Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Hospital Tuanku Fauziah serta komuniti nelayan yang menggunakan bot sampan fiber yang diuruskan oleh syarikat pengendali feri itu.

“Bantuan makanan dan minuman ringan juga diberikan kepada penumpang yang terkandas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata proses pemindahan penumpang yang bermula pada 12.15 tengah malam, tamat pada 2.30 pagi tadi dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat.
Nurulazme berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian ialah kerana feri berkenaan tersasar dari laluan asal.

Katanya, keadaan cuaca agak baik pada waktu itu, namun keadaan hari yang sudah gelap serta angin agak kencang iaitu 14 knots, menyebabkan feri itu tersasar.

“Bagaimanapun punca sebenar feri itu terkandas masih belum dapat dipastikan, siasatan terperinci akan dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak Maritim Malaysia bersedia mengkoordinasikan Bantuan Bencana dan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut pada bila-bila masa.

Katanya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Dec 2017

8 THINGS MALAYSIANS LOVE ABOUT THE CHRISTMAS SEASON

Christmas isn’t just a celebration for the Christians but also a wonderful holiday for everyone.

Featured Wed, 28 Jun 2023
Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

Hiburan Fri, 12 May 2023

Floor 88 Bakal Buat Persembahan Maksimum Bersama Wali Band

Tak sabarnyaa konsert Floor 88 dan Wali Band!!

Trending Tue, 29 Jun 2021
Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

Trending Tue, 24 Jul 2018
Trending Wed, 2 Oct 2019