Trending By: Salma Syahbuddin November 19, 2020 @ 9:00am

3 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD Babitkan 4,028 Penduduk

Menerusi sidang media harian MKN, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan ini bermula 20 November hingga 3 Disember ini.

Kawasan yang terlibat

Antara kawasan yang dikenakan PKPD adalan Zon B dan zon C Taman Meru 2C, Ipoh serta Kampung Nahaba, Kampung Tegudon di Kota Belud selama 14 hari.

PKPD di kawasan Taman Meru ini sahaja membabitkan seramai 2,288 penduduk iaitu melibatkan sebanyak 572 bauh rumah.

Manakala, di Kampung Nahaba serta Kampung Tegudon masing-masing membabitkan 1,740 penduduk.

“Pelaksanaan PKPD di Kampung Nahaba serta Kampung Tegudon membabitkan sebanyak 1,740 penduduk di kedua-dua lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan bersasar terhadap penduduk di kawasan itu”

Semua aktiviti sosial & ekonomi TIDAK dibenarkan

Tambahnya lagi, SOP di kawasan PKPD itu juga termasuklah sekatan pergerakan dan tiada aktiviti ekonomi serta sosial.

“Semuanya tidak dibenarkan. Barangan makanan akan disalurkan ke rumah masing-masing

“Bagaimanapun, kalau isu kecemasan seperti kematian boleh maklumkan kepada polis,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Covid-19 dan pelaksanaan PKPD bolehlah tonton Buletin Utama, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Kurang Aktif Di Media Sosial, Hael Husaini Sibuk Jaga 3 Anak

Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui kebelakangan ini dia mengambil pendekatan untuk kurang aktif di media sosial. Menggunakan masa di rumah untuk menguruskan tiga orang anak angkatnya, pelantun lagu Jampi ini juga kurang berkongsi mengenai […]

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Trending Sun, 16 Jan 2022

Tya Arifin Teruja Dapat Makan Semeja Dengan Vincent Tan

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa teruja selepas dirinya dan suami, Asyraf Khalid dapat bertemu ahli perniagaan yang disegani ramai, Tan Sri Vincent Tan tempoh hari. Ujar pelantun lagu Bagai Mutiara, dia berkesempatan […]

Hiburan Fri, 27 Aug 2021
Trending Mon, 5 Nov 2018

5个时尚悲剧「别人VS自己」

不知道各位少女们有没有这样的感觉,明明都是同样的单品,对方穿起来很好看,但穿在自己身上就很悲剧……