Featured By: Attiqah Mohd March 22, 2021 @ 3:24pm

3 Maut 1 Parah – Struktur Kren Launcher Lebuh Raya SUKE Hempap Kereta, Ini Respons Netizen..

Kejadian kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hari ini menjadi bualan ramai.

Insiden seperti ini seringkali berlaku di Lebuhraya berkenaan menyebabkan orang ramai meminta pihak bertanggungjawab segera disiasat.

“Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga negara China meninggal dunia manakala seorang pengguna jalan raya warga tempatan cedera di dalam kejadian ini.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PROLINTAS hari ini.

Meninjau di Twitter, insiden tersebut menimbulkan kegusaran orang awam kerana laluan tersebut menjadi salah satu laluan utama pengguna jalan.

Tiga mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua daripada mereka dipercayai terjatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi pekerja terbabit dilaporkan tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya, dan kerja menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Jan 2022

[VIDEO] Nak Kurus Tapi Suka Makan Dessert? Marsha Kongsi Rahsia Yang Anda Confirm Boleh Ikut!

Tahun 2021 adalah tahun yang penuh suka dan duka untuk kita semua. Banyak betul memori pahit manis sepanjang tahun ni. Cepat betul masa berlalu, pejam celik je kita dah di tahun 2022! Macam biasalah, bila

Featured Thu, 22 Apr 2021

Wajib Tutup Sekolah 2 Hari Jika Ada 1 Kes COVID-19 – KPM

Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Keputusan itu berkuat kuasa pada Rabu. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, pelajar yang terjejas dengan penutupan sekolah berkenaan akan beralih

Trending Fri, 18 Dec 2020
Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Trending Mon, 3 Sep 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti. Elfira Loy Bertunang Lagi

Majlis merisik dan bertunang itu berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon itu di Alam Damai, sekitar  jam 10 pagi semalam.

Hiburan Mon, 15 Aug 2022

| Live TV

error: Content is protected !!