Rumah Raudhatul Al-Faeez musnah dalam kebakaran, petang semalam. Pusat yang menempatkan 30 orang anak yatim dan asnaf di Sungai Salak Batu, Gombak itu mengalami kebakaran 60 peratus.
Kebakaran itu menyebabkan bilik serta barangan termasuk komputer pelajar musnah dijilat api.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Rizal Buang berkata, bilik gerakan menerima panggilan pada jam 1.14 tengah hari dan tiba di lokasi 23 minit kemudian.
“ Kebakaran banyak melibatkan bahagian dapur dan bilik.
“ Seramai 13 penghuni yang berada di lokasi sudah menyelamatkan diri ketika pasukan bomba tiba dan api berjaya dikawal jam 1.46 tengah hari,” katanya.
Dalam masa sama, penyelia rumah anak yatim Raudhatul al-Faeez, Zahrina Mohd Saat berkata api bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh kawasan rumah.
Tekanan tong gas dikenalpasti punca Rumah Raudhatul Al-Faeez yang menempatkan 30 anak yatim dan asnaf di Sg Salak Batu 10, Gombak terbakar petang semalam.@NewsMPB pic.twitter.com/hd3nuWyAKO
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 24, 2018
Kesemua pelajar kini berada di pusat pemindahan dan mencari rumah sewa sementara menunggu pusat itu dibaiki.