Trending By: SGMS Enal September 2, 2018 @ 11:13am

33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat

Laporan akhir tiga isu utama melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dibentangkan ke mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.

Tiga laporan berkenaan adalah berhubung penstrukturan semula Klinik 1Malaysia, kes gangguan seksual melibatkan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan cadangan kenaikan kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta.

Dr Dzulkefly berkata  berdasarkan cadangan, sebanyak 33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat selepas isu berkenaan dibawa ke Kabinet.

“Lebihan Klinik 1Malaysia berkenaan akan diubah suai menjadi Klinik Komuniti dengan beberapa kelainan baharu termasuklah menugaskan pegawai perubatan, ahli farmasi dan jururawat di setiap klinik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (Minggu PKPK) 2018, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menegaskan penutupan 33 klinik berkenaan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitarnya kerana terdapat fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan (Hospital & Klinik Kesihatan).

Setakat ini, terdapat 346 klinik 1Malaysia di seluruh negara. Ia diperkenalkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

– Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jan 2020
Trending Wed, 19 Dec 2018

Sajat Kena Denda?

Semoga Sajat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku

Featured Fri, 10 Feb 2023
Trending Sat, 15 Sep 2018

‘ Filem One Two Jaga Buat Aku Teringat Babloo & Salim Dekat Site’, Lelaki Ini Bongkar Realiti Pekerja Asing

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang sudah menonton karya  arahan Nam Ron ini, lelaki ini mengaku pernah menyaksikan sendiri di depan matanya situasi sama yang dipaparkan dalam One Two Jaga.

Trending Tue, 26 Nov 2019

Malaysia Went Amok When 5-Starred “Jalur Gemilang” Went Viral On The Internet

This shouldn’t be how our country should be represented.

Kisah Viral Thu, 11 Aug 2022

“Minta Hadir Bila Surat Mahkamah Keluar” – PU Riz Bakal Saman Individu Fitnah Produk Inai?

Pu Riz tampil bersuara selepas seorang individu didakwa menfitnah produk inainya dan isteri, Neelofa.

Trending Mon, 20 Sep 2021

“Tiba-Tiba Dia Call Cakap Nak Kahwin, Biar Betul Nak Pakai Hitam?” – Pereka Fesyen Ambil Masa Seminggu Siapkan Busana Viral Zizi Kirana

Busana yang digayakan oleh penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin ketika majlis pernikahan mereka semalam mendapat perhatian ramai. Persalinan songket hitam benang emas yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun ini digayakan segak

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia

Featured Sat, 9 Apr 2022

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Will Smith juga tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana program dianjurkan lembaga akademi

| Live TV