Categories: FeaturedTrending

35 Juta Tuntutan MySalam Diluluskan, Manfaat RM 50 Sehari

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini melaporkan sebanyak 67,000 tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif PRIHATIN MySalam dengan jumlah keseluruhan RM35 juta diluluskan sehingga akhir Januari 2021.

Beliau berkata, manfaat hospitalisasi MySalam, iaitu manfaat bernilai RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, sudah dipanjangkan kepada mereka yang dimasukkan ke hospital kerana COVID-19.

“Kerajaan mendapati bahawa skim MySalam ini mendapat maklum balas yang memberangsangkan, kerana ia adalah suatu bentuk jaringan sosial bagi lebih kurang lapan juta golongan berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU).

“Skim ini merangkumi rawatan kesihatan bagi 45 penyakit kritikal, dan membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya di dalam menangani jangkitan COVID-19 di masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-40 yang disiarkan secara maya, hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”