Trending By: SGMS Faida September 15, 2018 @ 3:00pm

‘ Filem One Two Jaga Buat Aku Teringat Babloo & Salim Dekat Site’, Lelaki Ini Bongkar Realiti Pekerja Asing

Isu rasuah dan pendatang asing bukanlah satu isu yang baru di negara ini. Filem One Two Jaga yang mengangat senario perihal yang sedang berlaku di sekeliling kita wajar dijadikan tauladan.

Jika kita amati secara dekat, filem ini memaparkan situasi tepat kerana ia adalah realiti dalam masyarakat di negara ini tetapi jarang sekali ‘disentuh’.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang sudah menonton karya  arahan Nam Ron ini, lelaki ini mengaku pernah menyaksikan sendiri di depan matanya situasi sama yang dipaparkan dalam One Two Jaga.

Perkongsian Luqman Hafidz yang bekerja sebagai Juruukur Bahan di tapak pembinaan banyak mengajarnya tentang realiti yang dihadapi pekerja buruh. 

“ Lepas tengok movie #onetwojaga teringat pulak time intern dulu kerja dengan contractor sebagai Quantity Survey (Juruukur Bahan), so selalu lah ke tapak binaan. 

“ Pantau progress, pekerja dan work rate bagi pihak company. Ada lah dua org warga Bangladesh yang aku slalu communicate,” katanya.

“ Esok pagi aku pergi ke site mcm biasa, aku tgk pagi tu mcm suram, dua tiga org je yg kerja, aku cari Babloo dan Salim xde. Rupanya dorang dalam site office dengan ‘kepala’ dorang. Menangis teresak esak.

“Aku dah ckp jgn keluar dari site , korang keluar kenapa?!” , aku tanya “bang nape ni?” . ‘Kepala’ dorang jawab “dorang keluar mlm semalam lepas dpt gaji pergi beli rokok kat flat sana tu, lepastu kene pau, x cukup semua duit kne amik , kene pukul lagi.”

“ Haritu dorang duk temenung fikir mcm mana nak hanta duit balik kampung, mcm mana nk bagi agen dorang untuk kumpul nak balik nanti. Hari tu aku keluar kan duit poket aku belanja dorang makan. 

“ Minggu tu juga aku upah dorang buat bangku dari baki bahan binaan yg tak terguna. Saje nak bagi dorang sikit duit yg aku harap membantu, tp takat mana je aku mampu tlg, aku pun baru kerja,” katanya.

“ Secara kesimpulan, jangan kita tidakkan hak org, tak kira siapa pun dia, atau tinggi mana pun pangkat kita. Tuhan maha adil, hidup pusing2 mcm roda. Hari ni hari babloo dan salim, esk mungkin hari kita,” akhirinya.

Dengar tu semua, jangan kita aniaya orang walaupun sekali. Walaupun apa jua pekerjaan orang itu, jangan sesekali hilang hormat. Selamat beramal! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Sep 2019

The Best Korean Food and Most ‘Seoul-tastic’ Experience in ‘Seoul Culture Showroom KL’

Kimchis, hanboks and K-Pops; Seoul Culture Showroom in Kuala Lumpur is a rendezvous for the best South Korean learning escapade.

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Trending Sun, 24 Jun 2018

Pemandu Grab Meninggal Dunia, Dipercayai Dijerut

Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa.

Trending Fri, 22 May 2020
Featured Sun, 2 Jan 2022

Sofyank & Amerul Affendi Bergabung Pakai Ilmu ‘Dr Strange’?

Personaliti media sosial Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, telah berkolaborasi bersama pelakon, Amerul Affendi dalam sebuah video terbaru. Sofyank yang dikenali dengan video-video suntingan yang penuh ‘trick’ kali ini mempersembahkan teknik yang menggunakan kuasa […]

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Wed, 24 Oct 2018

Selepas 110 Tahun, Akhirnya Kapal Titanic II Akan Sambung Belayar Ke New York Pada Tahun 2022

Titanic II akan berlayar dari Southampton menuju ke New York.