Trending By: SGMS Enal March 2, 2019 @ 5:31pm

4 Peserta Hijab Dari Malaysia Beraksi Di Asia’s Got Talent

Sebuah rancangan yang mengetengahkan bakat luar biasa, Asia’s Got Talent, pasti tidak asing lagi di rantau asia. Setiap peserta akan mempamerkan bakat masing-masing bagi menarik tiga perhatian juri tetap iaitu David, Anggun dan Jay Park.

Sekiranya mara ke peringkat seterusnya, maka cerah lah peluang setiap peserta bagi merangkul kejuaraan dengan pulangan wang lumayan, mencecah ratusan ribu ringgit.

Tetapi, apa yang menarik perhatian adalah peserta dari Malaysia ini. Empat orang gadis, manis berhijab dari kumpulan NAMA lincah menari di atas pentas dengan menyanyikan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.

Keyakinan dan persembahan mantap yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan ramai penonton berdiri dan bersorak! Jom kita lihat persembahan mereka seperti di bawah.

Dalam temubual bersama peserta NAMA, mereka memilih rancangan realiti Asia’s Got Talent kerana dianggap sebagai platform terbaik bagi menunjukkan bakat mereka kepada ramai.

Mereka juga berharap apabila orang ramai melihat mereka dengan penampilan berhijab, sekaligus ia dapat membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu menyanyi dan melakukan persembahan dengan baik.

Empat orang ahli kumpulan NAMA terdiri daripada Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida. Mereka merupakan graduan dari Universiti Malaya dan sangat meminati bidang seni muzik dan persembahan.

Sumber: Asia’s Got Talent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]