Trending By: SGMS Putri February 1, 2018 @ 7:37am

40 Peratus Penunggang Motor di Negeri Sembilan ‘Slumber’ Badak

Menunggang motor tanpa lesen, bukanlah satu perkara yang cool yer adik-adik. Kalau awak rasa ‘hip’ bila dapat buat aksi-aksi kononnya up to date kat jalan raya, fikir dua kali ok! Kalau dah terbaring atas jalan, jangan nak salahkan orang lain.

Menurut laporan dikeluarkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan, 40 peratus pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan didapati tidak memiliki lesen motosikal B2.

Beliau berkata, tahap kesedaran yang rendah mengenai kepentingan memiliki lesen memandu dikenal pasti antara punca utama mereka tidak mempunyai lesen berkenaan.

“Kami dapati kesedaran masih kurang mengenai bahaya memandu tanpa lesen. Lesen memandu ini bukan hanya satu dokumen sah untuk memandu atau menunggang motosikal, malah ia membantu pemilik untuk memandu secara berhemah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya program myLesen Kadet Pengangkutan Jalan akan diperluaskan di sekolah menengah di negeri ini bagi meramaikan lagi pelajar sekolah memiliki lesen motosikal. Katanya setakat ini, sebanyak 13 sekolah menengah membabitkan 700 pelajar di negeri ini telah menyertai program tersebut.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!

Trending Sun, 7 Jan 2024

Dalam Tempoh 5 Bulan, Kawasan Hijau di Makkah Bertambah 600%

Wahh… dahulu tandus, kini makin subur!

#tilljannah Thu, 19 Jan 2023

Lucu! Gelagat Zahirah Macwilson Kacau Aiman Hakim Ridza Undang Tawa – “Suami Takut Kucing, Isteri Kuat Menyakat”

Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, sudah pasti mengetahui mengenai aktor itu yang takut dengan kucing. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fansofisaacraees […]

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.