Categories: Trending

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil. Fesyen ala Korean style ini sangat ringkas dan boleh digayakan dengan pelbagai cara untuk memberikan penampilan yang berbeza.

Jom semak trik ringkas gaya oversized shirt.

1. Jeans dan Leggings

Untuk kelihatan ringkas tapi stailo, pasangkan dengan skinny jeans atau leggings. Tambahkan aksesori rantai sebagai pelengkap penampilan.

2. Skirt

Kombinasikan oversized shirt anda dengan skirt mini ataupun high-waisted skirt. Anda boleh tuck in untuk menampakkan look yang ramping atau biarkan sahaja di luar untuk tampak selesa.

3. Dress

Untuk gaya feminin dan anggun, anda boleh mix and match oversized shirt dengan gaun kegemaran.

4. Jaket Denim

Kombinasi dengan jaket denim merupakan gaya yang tepat untuk bersantai bersama kawan-kawan.

5. Tali pinggang

Oversized shirt juga akan nampak lebih sempurna dengan penggayaan tali pinggang kegemaran anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops