Trending By: Salma Syahbuddin December 18, 2020 @ 11:09am

50 Kakitangan Hospital Positif Covid-19, Orang Awam Dilarang Ke HTAR Klang

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, seramai 50 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar petugas kesihatan berkenaan masih tidak dapat dikenalpasti.

“Kesemua kontak diambil swab ujian dan diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) malah semua pesakit yang kontak kepada kes juga diambil swab ujian yang sama”

Tambahnya lagi, pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih berada dalam keadaan terkawal.

Malah, pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

Orang awam dinasihatkan tidak ke HTAR

Dr Sha’ari  juga menasihatkan agar orang awam tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.

“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes-kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19,” 

” Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mayat Tiga Beradik Akibat Lemas Sudah Ditemui

Operasi SAR di air pagi ini bermula pada kira-kira pukul 7 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10km melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Trending Thu, 16 Jan 2020
Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!