Trending By: Afiq Kandi June 16, 2022 @ 4:02pm

6 Individu Termasuk Influencer Bakal Berdepan Saman Akibat Sebarkan Fitnah

Tak tahan dengan dakwaan palsu yang sudah sekian lama tersebar di media sosial hingga meraih jutaan tontonan, pempengaruh dan usahawan, Amira Khan atau lebih dikenali sebagai Myra Khan tampil menjernihkan keadaan dan telah menamakan enam orang individu termasuk influencer sebagai penyebar fitnah terhadapnya.

Sebelum ini, enam individu terbabit dikatakan telah menggelar Myra yang juga merupakan pengasas bersama produk Modest sebagai ‘scammer’ dan penipu besar.

“Sidang media ini bertujuan untuk memberi maklum balas kepada cerita fitnah yang telah disebarkan secara meluas di media sosial dan menjejaskan nama baik saya.

“Dek kerana kesan buruk tuduhan terbabit, saya tak boleh tidur, berat badan juga naik mendadak. Saya telah bergantung pada ubat-ubatan dan kalau tidak, saya jadi tidak normal.

“Malah, saya juga pernah cuba potong tangan kiri saya kerana mengalami depresi teruk hingga ada suara yang menyuruh saya bunuh diri.

“Saya bergantung pada ubat dalam tempoh masa yang lama hinggalah saya berjumpa dengan peguam saya sekarang,” katanya.

@xtra_my Cyber bully sememangnya jenayah. Tak baik tau sebarkan fitnah sehingga menjejaskan kehidupan orang lain😢 Min harap Founder Modest Ini terus kuat #fyp #xtramy #trendingnewsmalaysia #modest #tontonmy ♬ original sound – XTRA

Myra ditemui ketika sidang media bertempat di pejabat Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQIEL ✨ (@theaqil7)

Buat masa ini Myra masih dalam pertimbangan untuk memfailkan saman, namun tidak teragak-agak untuk meneruskannya jika keenam-enam individu terbabit masih tidak berhenti menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Sun, 18 Sep 2022
Trending Fri, 27 Aug 2021

Semuanya Sedap! Antara 5 Pencuci Mulut Terkenal Di Malaysia, Mana Satu Kegemaran Anda?

Malaysia adalah negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ni bersatu padu, mestilah kerana makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka! Haa.. Memandangkan negara […]

Selebriti Sat, 3 Jun 2023
Featured Mon, 31 Oct 2022
Featured Fri, 26 Aug 2022

[VIDEO] “Hari Tu Beriya Komen Puteri Balqis…” – Netizen Dakwa Perubahan Mia Sara Sebab Karma?

Uish, Mia Sara pernah komen apa tu dekat Puteri Balqis sampai netizen kata karma? 🤯🥵

Featured Fri, 22 Jul 2022
Trending Tue, 24 Mar 2020

Masih Belum Jalani Ujian Covid-19, 3800 Jemaah Tabligh Bakal Diburu!

Tolonglah jangan degil dan ambil mudah isu Covid-19 ni okay!