Trending By: Ad Ops February 6, 2018 @ 7:25pm

7 Tip Sarapan Sihat dan Mudah

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting?

Sarapan menjadi sangat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari.

Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterol.

Jadi, apakah hidangan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi? Cuba semak senarai berikut, selain daripada enak, ia juga menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Cubalah!

1)  Sediakan semangkuk salad sebelum masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2) Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3) Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan yang baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

4) Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi. 

5) Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama iaitu tidak lebih dua minggu.

6) Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7) Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium. Hindar sama sekali jus buah-buahan yang dibeli di pasaraya kerana ia selalunya diletak bahan pengawet untuk tahan lama walaupun label mengatakan sebaliknya.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 18 Jan 2023

Hafidzah Hassan Tampil Buka Mulut Isu Penarikan Diri Libatkan Kes Siti Bainun -“Peguam Tarik Diri Perkara Biasa”

Susulan perbicaraan kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang dilaporkan kini bersendirian tanpa diwakili peguamnya masih menjadi tanda tanya rata-rata masyarakat sehingga ke hari ini. Malah, sebelum memulakan prosiding perbicaraan pada […]

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Qistina Raisah Kongsi Pengalaman Dengan Lelaki ‘Insecure’ – “Dia Akan Kongkong You Sampai Jadi Toxic!”

Tular sebuah video yang dikongsikan pelakon Qistina Raisah di TikTok mengenai perhubungan toksik. Menerusi hantaran tersebut, Qistina berkongsi pengalaman bercinta dan turut meminta wanita di luar sana untuk mengelakkan diri bercinta dengan lelaki yang mempunyai […]

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Thu, 13 Jul 2023