Trending By: Salma Syahbuddin April 21, 2021 @ 3:24pm

83 Kluster Dikesan Libatkan Sektor Pendidikan – KKM

Sebanyak 83 kluster Covid-19 dengan jumlah 4,868 kes melibatkan sektor Pendidikan telah dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) bermula dari 1 Januari 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 59.04 peratus atau 49 kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

“Daripada jumlah kluster berkenaan, sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub-kategori Sekolah atau Institusi Kementerian Pendidikan (KPM).
“Terdapat 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Tinggi manakala 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan sub-kategori Pendidikan Lain,” katanya.

Penutupan sementara kelas akan dipertimbangkan

Tambahnya lagi, keperluan penutupan sementara kelas atau premis akan dipertimbangkan hasil penilaian risiko oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Malah, penutupan sementara itu bertujuan untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 di sekolah terutamanya dalam kalangan sektor pendidikan.

“siasatan, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta penilaian risiko akan dijalankan. PKD akan menasihatkan pihak pengurusan pendidikan agar pembersihan dan disinfeksi sentiasa  dijalankan,” jelasnya.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi

Trending Sun, 1 Apr 2018

Kenapa Kek Perkahwinan Ini Menjadi Kek Paling Mahal Di Dunia

Inilah yang dikatakan kek paling mahal didunia dengan menampilkan bentuk seorang pengantin perempuan dengan ketinggian 182 cm dan berat 120 kg.  Pereka luar biasa ini, Debbie Wingham adalah salah seorang pereka fesyen paling mahal di […]

Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Tue, 6 Dec 2022
Trending Sun, 18 Oct 2020