Categories: Program TVTrendingTV3

999 Bakal Bongkar 40 Jenayah Gempar Sempena Ulang Tahun TV3 Ke-40

Stesen televisyen terkemuka, TV3 bakal menyambut ulang tahun yang ke-40, pada 1 Jun 2024.

Sempena ulang tahun yang ke-40 itu, program TV3, 999 bakal memaparkan 40 Jenayah Gempar yang pernah menggegarkan negara dan dunia bermula pada 7 Mei hingga 24 Jun 2024.

Lebih menarik lagi, 999 akan membongkarkan satu persatu 40 jenayah tersebut dari kes Top 40 sehingga Top 1 setiap minggu menerusi segmen istimewa.

Umum tahu, 999 merupakan satu siri televisyen berita jenayah di Malaysia dan telah ke udara sejak dahulu lagi.

Jangan lupa saksikan 999 dan segmen khas 40 Jenayah Gempar  setiap hari Selasa, jam 9 malam hanya di TV3 atau boleh strim sekarang melalui Tonton www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton!

Fatin Nurain