Categories: Trending

Siapa Sangka, Penderma Plasma Darah Pertama Ini Adalah Bekas Pesakit Covid-19

Siapa menyangka pemuda berusia 41 tahun ini merupakan bekas pesakit Covid-19, kes ke-46 dalam fasa yang kedua.

Beliau merupakan, Naib Presiden Kanan, Modal Insan Kumpulan UDA Holdings Berhad, Reza Huzairi Zainudin.

Penderma plasma darah pertama di Malaysia

Berdasarkan keputusan, darah Reza Huzairi didapati cukup sesuai dan sihat serta memiliki kriteria yang dapat membantu rawatan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal.

Hal ini berlaku apabila pada 2 April lalu, beliau telah membuat keputusan untuk menjadi salah seorang penderma plasma darah pertama untuk membantu pesakit lain.

Sumber : Facebook

“Tidak mengambil ubat dalam masa yang panjang dan mempunyai kesihatan yang optimum, saya datang untuk membuat ujian dan bersyukur plasma darah saya sesuai untuk didermakan”

Menurutnya lagi, jika diberi kebenaran sekali lagi untuk menderma buat kali kedua, beliau dengan hati yang terbuka bersedia demi untuk membantu menyelamatkan nyawa pesakit.

Selalu bersangka baik pada Allah

Selain itu, Reza turut berpesan agar kesemua pesakit yang disahkan positif tidak berputus asa dan perlu kuatkan semangat untuk kembali sihat.

“Saya selalu bersangka baik kepada Allah, kerana apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya”

Malah, beliau juga meminta rakyat Malaysia agar bekerjasama dalam membendung Covid-19 ini.

Salma Syahbuddin