Categories: Trending

“Abang Tak Bersalah” – Jadi Alasan Suami Isteri Bercerai, Aaron Aziz Luah Rasa Sedih

Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabila namanya menjadi antara punca remeh kes perceraian pasangan Islam di negara ini.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto keratan akhbar yang melaporkan kes terbabit.

“Ya Allah… Saya baca ni saya rasa sedih… Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia… Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah,” tulisnya.

Aaron turut menyertakan beberapa hashtag seperti #JanganKecamAbang #AbangTakBersalah #PekaraYangAbangTidakInginBerlaku.

Di ruangan komen, rata-rata peminat turut terkejut dengan pendedahan terbabit.

Terdahulu, keratan akhbar Utusan itu melaporkan isteri suka menghabiskan masa melayan permainan dalam talian PUBG, terlalu meminati Aaron Aziz dan rumah bersepah dengan produk Tupperware antara punca remeh kes perceraian pasangan Islam di Malaysia.

Padin