Categories: Trending

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali lagi! 

Memasuki edisi yang ke-33, ABPBH kali ini mengangkat tema #ABPHBHKITA2020
Anugerah yang ditunggu-tunggu ini akan berlangsung pada 13 November 2020 iaitu pada hari jumaat, jam 9 malam. 

Korang boleh tonton di TikTok!

Bukan itu sahaja, malam anugerah berprestij ini akan disiarkan secara live di TV3, live streaming di BHTV, Youtube TV3Malaysia dan yang paling menarik boleh ditonton secara langsung di aplikasi TikTok!

Seperti tradisi sebelumnya, ABPBH33 masih kekal membawakan kepada para penonton segmen Red Carpet yang akan disiarkan pada hari yang sama iaitu 13 November jam 8:30 malam di TV9 Malaysia. 

Undian Kini Dibuka

Undian kini dibuka! Bermula dari 7 Oktober hingga 8 November 2020, korang boleh mengundi artis kegemaran korang. Jangan risau, tempoh pengundian dibuka selama sebulan dan sebanyak 13 kategori utama dab lima kategori online. 

ABPBH33 turut mempertaruhkan seramai 20 calon bagi setiap kategori yang dipertandingkan. 

Antara 13 kategori utama yang dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; Pelakon Filem Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.

Cara Mengundi ABPBH33

Berikut merupakan cara untuk korang mengundi artis kegemaran korang!

Layari laman sesawang ABPBH33 dan pergi ke menu Undian.

– Pilih ‘Undian Percuma’

– Isi maklumat peribadi anda: Nama, No. Telefon dan Emel dan klik hantar

– Pilih Undian Percuma dan klik butang untuk mengundi

– Pilih selebriti pilihan anda dan klik butang undi

– Undian berjaya!

Setiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam 10 minit sahaja.

Undi melalui peranti Xiomi

Buat pengguna peranti Xiomi, Korang juga boleh melakukan undian seperti yang tertera di bawah :

Undi menerusi langganan BH Online

Syarat-syarat:

-layari portal Berita Harian ePaper untuk melanggan akhbar digital BH

-Pilih pakej langganan anda, masukkan emel dan lakukan transaksi pembayaran secara atas talian atau tunai

– Kembali ke laman sesawang ABPBH dan pergi ke menu Undian

– Isi maklumat peribadi anda: Nama, No Telefon, Emel dan klik hantar

– Pilih Undian Melalui Langganan dan klik butang untuk mengundi

– Pilih selebriti pilihan anda dan hantar undian

– Masukkan emel yang digunakan untuk melanggan BH Digital, pilih pakej langganan anda dan klik

Kan mudah! Jangan lupa untuk undi artis pilihan korang. Sama – sama kita nantikan siapakah wajah ABPBH baru tahun ini!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”