Trending By: Padin April 28, 2022 @ 6:37am

Achik Ukays Menitis Air Mata, Rakam Semula Lagu Raya Tahun 1995

Penyanyi Achik Ukays merakamkan semula lagu raya tahun 1995 yang berjudul Bermaafan Di Aidilfitri.

Karya terbabit dicipta oleh komposer Salman Shariff dan liriknya pula ditulis oleh Khairul Anuar dan lagu versi Achik kini dikenali sebagai Bermaafan Di Hari Raya.

“Lagu ini versi asalnya berentak Melayu Arab dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk Bermaafan Di Aidilfitri dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun.

“Namun untuk versi terbaharu di tahun 2022, lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam oleh Achik dan judulnya pula ditukar kepada Bermaafan Di Hari Raya dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun,” kata Salman selaku komposer.

Perancangan awal untuk rakaman semula lagu raya ini adalah dari Salman selaku komposer dan penerbit lagu ini sendiri.

Kemudian, ia dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh dibawakan oleh Amir (UK’S), lalu ia ditawarkan kepada Achik (Ukays).

Achik (Ukays) sememangnya bergandingan dengan kumpulan Ukays untuk menggantikan vokalis kumpulan mereka menerusi lagu Ukays seperti Terseksa, I Love U I Miss U Raya dan Terpaksa Ku Lepaskan.

“Ketika rakaman lagu ini dibuat di Studio The Bengkel Artwork, saya hampir menitiskan air mata kerana lagu ini ada kena mengena dengan saya dan ia sangat bermakna.

“Saya gembira ketika ditawarkan untuk menyanyi semula lagu raya ini. Agak baguslah untuk saya terus menonjol dan kembali aktif semula. Mungkin ada yang fikir saya tidak lagi aktif dalam industri. Saya masih lagi berada dalam industri tanah air kita dan masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays. Saya masih aktif keluar show tour satu Malaysia bersama Ukays dan anggota asal Ukays iaitu Ali, Well dan juga Tokjie,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

#tilljannah Sat, 11 Jun 2022

[VIDEO] Sofyank Tamat Zaman Bujang, Video Pre-Wedding Gempak! – “Teaser Je Dah Meremang”

Fuhh romantik habis min tengok video pre-wedding Pian ni 🔥🔥 Apapun tahniah dan selamat pengantin baru ❤️

Featured Mon, 15 May 2023
Trending Tue, 13 Jul 2021

“Hanya Dibayar RM150 Untuk…” Jalil Hamid Anggap Ia Satu Penghinaan

Memang tak berbaloi dengan kualiti yang diberikan artis senior

Featured Tue, 15 Jun 2021

Longgar PKP Jika Kes Bawah 4,000 – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama. Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang

Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

| Live TV

error: Content is protected !!