Trending By: Fatin Nurain June 24, 2024 @ 1:35pm

“Ada Yang Tuduh Saya Bermaksiat, Itu Melampau!” – Puteri Sarah Liyana

“Janganlah kaitkan dengan saya, saya dah setahun bercerai,” demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang kerap menerima komen melampau dan dikaitkan dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof di media sosial.

Tampil mempertahankan dirinya, Sarah memaklumkan bahawa ada juga dalam kalangan warganet turut mendakwa dirinya melakukan maksiat.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sarah menerusi temu bual bersama Melodi, baru-baru ini.

“Saya tak kisah tentang bekas suami saya dan isterinya tapi kadang-kadang wargamaya terutamanya di pengguna lelaki di Facebook (FB) seolah-olah tersakiti dan berdendam dengan saya.

“Yang itu okay lagi tapi bila ada yang tuduh saya bermaksiat, itu melampau. Itu adalah komen daripada akaun yang tak berani tunjuk nama. Saya DM (direct message) tapi dia tukar nama, gambar dan lock profile,” katanya.

Sementara itu, Sarah turut meluahkan rasa pelik dengan tindakan sesetengan pengguna media sosial yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas suami meskipun episod pahit mereka sudah berakhir.

“Kalau dekat TikTok dan Instagram (IG) okay lagi tapi di FB, kadang-kadang komen tu lupa diri.

“Awak nak komen tentang orang lain saya faham, tapi kenapa nak kena kaitkan dan perli saya? Saya tak ada kena mengena dengan kehidupan orang lain, saya pun dah bahagia. Bila tuduh saya bermaksiat..kenapa pula?

“Awak dendam atas kejadian yang setahun lalu. Saya bukan bercerai dengan awak pun, saya dah selesaikan dengan bekas suami saya, tapi awak pula yang tak selesai dengan saya kenapa?,” jelasnya.

Menerusi temu bual itu, Sarah turut mengambil kesempatan untuk menegur sikap sesetengah netizen yang terlalu agresif dan kurang sensitif dalam memberi komen.

“Tak perlu ada sikap sindir menyindir dan tak puas hati tak tentu pasal. Kalau komen tu biar berhemah jangan menghentam kita. Ini pengajaran juga kepada mereka di luar sana, jangan sesuka hati nak komen.

“Bila dia cakap begitu, ia akan beri impak negatif kepada orang lain, dia akan ajak orang lain untuk komen negatif juga.

“Mereka akan berkata, ‘mesti army Puteri Sarah marah’. Bukan ‘army’ sahaja marah, saya pun akan marah komen macam tu,” katanya.

Sebelum ini, Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna FB yang meninggalkan komen berbaur fitnah di media sosialnya.

Sumber: Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 16 Oct 2023
Trending Wed, 22 May 2019
Featured Tue, 2 May 2023
Trending Sun, 27 Jun 2021

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram. Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang […]

Trending Tue, 2 Mar 2021