Categories: Trending

Aina Abdul & Tomok Tewas Dengan Rookie, Ini Senarai Penuh ‘Ranking’ Episod 1

Konsert pertama Vokal Mania telah berlangsung dengan meriah malam tadi.

Ia menyaksikan persembahan mantap dari empat idol iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo bersama empat orang rookie, Aisha Retno, Tuah Adzmi, Alif Kadim dan Wafariena.

Menyaksikan dua persembahan iaitu solo dan battle, idol dan rookie masing-masing tampil dengan kehebatan tersendiri.

IDOL 2 – ROOKIE 2

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu dimulakan dengan persembahan gandingan Aisha Retno dan Tomok.

Kedua-duanya dilihat memberi persembahan yang baik namun dalam pusingan battle, juri lebih memihak kepada Aisha.

Manakala bagi persembahan kedua, Lan Solo telah dipilih sebagai pemenang menentang Wafariena. Bagaimanapun, idol sekali lagi dipilih sebagai pemenang apabila Indah Ruhaila berjaya memukau juri dan menewaskan Tuah Adzmi.

Namun, apa yang memeranjatkan, persaingan sengit menyaksikan Aina Abdul tewas di tangan Alif Kadim.

Konsert pertama menyaksikan Aisha Retno meraih anugerah ‘Rookie Star Award’.

Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen:

Kedudukan Idol

#1 Aina Abdul

Yusry : It’s a tough fight! Mulanya saya ingat siapa rookie yang berani nak cabar Aina Abdul ni, rupa-rupanya rookie bukan calang-calang rookie lah.

Misha Omar : ish battle will be longer. Kalau ada pun, minus point. Untuk Alif, too comfortable pun it’s not good kan, sebab nanti dia hilang pengertian lagu tu. Untuk Aina, bila genre bertukar antara dangdut tu, dangdut dia mesti ada sweetnessAccent dangdut dari segi whole package you masih masih malu-malu. Tapi dalam pengertian dangdut tu lah, bila ke part battling semua dah okay, coz’ its you. Tapi yang battle ni saya rasa susah. Kalau minus point pun sikit-sikit saja.

#2 Lan Solo

Misha Omar : You’re ready for it. Nampak sangat awak tak nak bagi ‘can’ pada rookie. Tapi saya nak tegur sikitlah, Lan pun ada cakap kat Kak Mitch, Lan dah lama tak menyanyi kan, bila dia pegi ke tengah dan ke atas, jangan bunyi heavy sebab dia dah start bunyi heavy. Takut nanti bila you nyanyi tinggi-tinggi dia dah takde rasa dah.

Yusry : Persembahan Lan macam Vanilla. Dah pernah tengok dah. Tak ada outstanding. Bukan tak sedap, tapi tiada kelainan.

#3 Indah Ruhaila

Solo: Hanya Satu

Battle vs Tuah Adzmi: Dirgahayu

Misha Omar : Kak Mitch nampak kematangan dalam your rendition. Dan memang betul status mereka, 1 rookie dan 1 idol.

#4 Tomok

Solo: Di Pintu Syurga

Battle vs Aisha Retno: Jangan Kau Mimpi

Yusry : Tomok, saya rasa awak boleh bawa. Boleh tinggi lagi sebab saya rasa, dia boleh bawa, boleh naik lagi supaya nampak dia punya projection lebih jauh lagi.

Misha Omar : Sebenarnya kami para juri tak puas hati dengan Tomok. Sebab kami rasa Tomok terlalu play safe untuk minggu yang pertama. Kalau saya tengok persembahan tadi, dia lebih kepada macam artis undangan tadi. Kena ambil risiko lagi, kena lebih daring lagi.

Kedudukan Rookie

#1 Aisha Retno

Solo: Getaran Jiwa

Battle vs Tomok: Jangan Kau Mimpi

Yusry : Aisyah, You give a good start untuk our show. But, bahagian RnB awak kena adapt to the music. But overall were still a fresh performance.

Misha Omar : Macam Aisha kita nampaklah macam nak cabar Tomok kat sebelah. Somehow, dia nak jadi balance lah…

#2 Tuah Adzmi

Solo: Revolusi

Battle vs Indah Ruhaila: Dirgahayu

Misha Omar : Kak Mitch rasa ini pertama kali kita bersua dan ini kali pertama dengar suara Tuah. Tuah because you’re still young, pengertian lirik masih perlu digali… and dari segi kematangan, membawakan lagu solo macam Revolusi tadi, nampak macam baik sangat. Sedangkan Revolusi memerlukan semangat yang berkobar-kobar, mungkin lebih daring lagi.  

#3 Alif Kadim

Solo: Jampi

Battle vs Aina Abdul: Takkan Terlerai

Yusry : It’s a tough fight! Mulanya saya ingat siapa rookie yang berani nak cabar Aina Abdul ni, rupa-rupanya rookie bukan calang-calang rookie lah. Gila lah! Pasal saya rasa point saya pun dekat-dekat ni. Tak sangka rookie boleh cabar Aina Abdul kan? Saya rasa Aina Abdul punya fan ramai diluar sana, saya akan kena kecam, tapi saya pilih rookie menang!

Misha Omar : Minus point, for you Alif, too comfortable, it’s not goodWhen you too comfortable with the song dia hilang pengertian lirik dan maksud lagu tu. Because you look too comfortable pun kita tak tahu apa rasanya.

#4 Wafariena

Solo: Aku Bidadari Syurgamu

Battle vs Lan Solo: Kita Insan Biasa

Misha Omar : Untuk Wafa, saya tertarik sekali dengan tone suara awak. Awak mempunyai ton suara yang sedap. Memang sebelum ni nak jadi penyanyi dulu ke atau… Sebenarnya di atas pentas nyanyian, kita juga mempunyai watak. Jadi waktu awak masuk tadi seharusnya awak, dah ada watak superstar yang nak mempersembahakan karya yang nak dipersembahkan. So, bila muzik main je, you dalam karakter jugak so, sebenarnya antara nyanyian dan juga lakonan memang link towards each other okay. And, jaga-jaga dinamik. Daripada bunyi yang kecil kepada bunyi yang besar dia kena sekata, dia bukan naik sikit, tiba-tiba tajam dihujung. Dinamik you tadi sikit je nak kena repair okay! 

Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania episod kedua minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.myATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

ARTIKEL BERKAITAN : “Nervous, But It’s A Competition…” Aina Abdul Akui Risau Bertarung Di Pentas Vokal Mania

Salma Syahbuddin