Categories: Trending

Aishwarya Rai, Anak Perempuan Dijangkiti COVID-19

Terkejut!
Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya telah disahkan positif COVID-19.

Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas bapa mertuanya, megastar veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suami Aishwarya, Abhishek Bachchan,44, dimasukkan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan COVID-19 mendapati dua beranak itu positif jangkitan itu.

Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope meneeusi cipaan di Twitternya pada Ahad memaklumkan yang Aishwarya dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun disahkan positif.

Portal Reuters pula melaporkan, setakat ini belum ada sebarang maklumat yang menyatakan mereka dimasukkan di hospital atau sebaliknya.

Terdahulu, kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan memberitahu, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil.

Legenda perfileman Hindu, Amitabh dalam ciapannya di Twitter pada Sabtu memaklumkan dia dan anak lelakinya, Abhishek disahkan virus itu.

Dalam hantaran itu, beliau juga meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya membuat ujian saringan.

Sumber: Awani


Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover