Trending By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 4:10pm

Aiskrim ‘Perisa’ Tikus? Lihat Apa Wanita Ini Lakukan…

Bayangkan… sedang enak korang menikmati aiskrim coklat dalam cuaca begini tiba-tiba kelihatan satu benda asing terkeluar. Puas ditarik, tapi tak boleh pula…ya lah, kan masih beku. Bila aiskrim dah cair, alamak…tikus rupanya! 

Bukan auta tapi insiden ini benar-benar terjadi di bandar Jiangsu Huaian apabila seorang wanita tergigit ekor tikus yang tersekat di dalam aiskrim.

Menurut laporan Shanghaiist, wanita yang dikenali sebagai Yang Xinru berkata, dia mengigit ais krim itu beberapa kali dan mendapati terdapat benda asing ‘berbulu’ di dalamnya.

“Gila…saya hampir tertelan seekor tikus. Ini bukan perkara main-main yang boleh diselesaikan dengan jumlah ganti rugi yang sedikit,” katanya.

Objek berbulu itu disangkakan ulat bulu pada mulanya namun selepas diperiksa, ternyata ia adalah seekor tikus! 

Susulan kejadian itu, tuntutan pampasan dari pasar raya di mana aiskrim itu dibeli telah dilakukan. Wanita itu menuntut pampasan sebanyak 50,000 yuan (RM30,943.05) atas alasan tergigit ekor tikus tersebut.

Malangnya, dia dimaklumkan bahawa dia hanya layak menuntut pampasan 1,000 yuan (RM618.86) sahaja.

Hurm, rasanya tak berbaloi jumlah pampasan dengan trauma yang dialami wanita itu… Pesanan untuk korang di luar sana, lebih berhati-hati okay bila makan sesuatu. Jangan main ‘bedal’ je tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Jan 2024

Netanyahu Bertegas Teruskan Perang – “Tiada Yang Dapat Halang Kami, Sama Ada The Hague, Sy*itan Atau Sesiapa Pun”

Terkini, jumlah kematian penduduk Palestin meningkat kepada 23,843 orang manakala 60,317 orang mengalami kecederaan.

Trending Sun, 5 Jul 2020
Featured Mon, 3 Jul 2023
Trending Fri, 3 Apr 2020
Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Trending Mon, 21 May 2018

Wanita Disangka Pengemis Sah Berstatus Jutawan Selepas Meninggal Dunia!

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta)

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…