Umum mengetahui, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) akan berlangsung pada 7 Februari 2021.
Antara finalis yang mendapat perhatian ramai adalah penyanyi balada, Aina Abdul yang akan membawakan lagu berjudul, Semalam.
Ketika ditanya mengenai persiapan AJL35, Aina menjawab,
“Harapan saya menjelang AJL35 ini cuma satu sahaja, saya hanya ingin melakukan persembahan yang terbaik.”

Aina turut berkongsi mengenai persembahan kontroversinya di AJL35 yang lalu.
“Tahun lalu merupakan persembahan yang paling saya ingat sampai bila-bila sehinggakan video tersebut disekat di YouTube,” luahnya.

Justeru, Aina kini mengambil langkah berjaga-jaga serta turut meluahkan hasrat untuk melakukan persembahan AJL35 yang akan diingati oleh para peminat.
Apapun, semoga semuanya dipermudahkan buat Aina di pentas AJL35 nanti.
Jangan lupa saksikan AJL35 7 Februari ini hanya di TV3.