Trending By: SGMS Faida March 24, 2018 @ 5:27am

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

Berikutan kes dera pembantu rumah pada 2016, polis sudah menemui suri rumah bergelar Datin yang gagal hadir ke mahkamah beberapa hari lalu. 

Memetik laporan New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka berjaya mengesan Datin Rozita Mohd Ali, 44.

“Usaha mengesan beliau bermula selepas kami terima notis dari mahkamah. Dia sudah setuju untuk hadir di mahkamah.

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

Bagaimanapun, Mazlan tidak mendedahkan di mana polis menemui Rozita atau kedudukan terkininya.
Pada 15 Mac lalu, Rozita diikat jamin selama 5 tahun dengan bon sebanyak RM5,000 oleh hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, selepas dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk ke atas pekerja domestik Indonesia, Suyanti Sutrinso.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara setimpal berdasarkan tahap keseriusan jenayah itu.
Kes itu mencetuskan kemarahan ramai kerana wanita itu terlepas daripada hukuman penjara, dengan peguam berkata hakim bersikap lembut terhadap tertuduh.

Rabu lalu, polis melancarkan gerakan mengesannya selepas wanita itu dan penjaminnya gagal hadir di mahkamah untuk semakan semula hukuman.

Timbalan pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, polis gagal mengesan Rozita di alamat terakhirnya di Kuala Lumpur dan Melaka.

Iskandar yang juga ketua pendakwa raya Selangor berkata, polis juga gagal mengesan penjamin Rozita, yang dipercayai merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, tetapi kuarters lelaki itu kosong.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menetapkan 29 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwa.

Klip video Suyanti yang cedera parah dan terbaring berhampiran longkang di kawasan perumahan Mutiara Damansara tersebar pada Disember 2016.

Menurut laporan, Rozita didakwa menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop besi dan payung untuk mencederakan kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Aug 2018

Bride DEMANDS RM6k From Each Wedding Guests or They’re Not Invited

She went absolutely crazy when people refused to give her the cash.

Trending Sun, 29 Dec 2019
Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Dah Kena Tinggal, Baru Nak…” – Netizen Salahkan Rossa Sera, Tak Jaga Penampilan Didakwa Punca Shuk Sahar Curang

Itu alasan cliche… kalau nak tinggal memang akan tinggal jangan beri alasan mengarut!

Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023