Trending By: Salma Syahbuddin June 24, 2020 @ 11:59am

Akhirnya Sekolah Mula Dibuka Hari Ini

Akhirnya sekolah sudah mula dibuka hari ini selepas tiga bulan diarahkan tutup akibat penularan wabak Covid-19.

Sesi persekolahan yang membabitkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam tahun ini kini bermula.

Diharap pembukaan sekolah berjalan lancar

Sumber : Google

Pastinya perasaan bercampur baur dirasai oleh guru-guru, ibu bapa mahupun pelajar sendiri memandangkan wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. Namun, dengan jumlah kes yang semakin terkawal, diharap pembukaan sekolah ini berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

KPM tidak akan tangguh pembukaan prasekolah

Sumber : Google

Pembukaan sektor pendidikan dilihat amat penting terutamanya bagi pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Dan, atas faktor itu juga KPM berpendirian tidak akan menangguhkan pembukaan prasekolah, tabika serta tadika baik swasta mahupun kerajaan yang dijadualkan akan dibuka pada 1 Julai ini.

SOP yang perlu dipatuhi di sekolah

Sumber : Google

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh pihak sekolah termasuklah, pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah iaitu mereka dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius ATAU bergejala TIDAK akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Justeru itu, rakyat Malaysia khasnya wajar untuk bersikap optimis bahawa negara semakin hampir dengan garis bebas Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Kalau anak-anak gembira, ibu dan keluarga mentua setuju, saya akan okay – Shuib

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Featured Sun, 22 Aug 2021

Betty Banafe Dedah Harun Hashim Minta Bantuan Bayar Rumah Sewa

Umum maklum, keadaan pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali yang berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19. Perkara itu mendapat perhatian rakan selebriti Betty Banafe yang memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai […]