Trending By: Salma Syahbuddin March 24, 2021 @ 4:08pm

Akses Tontonan Awal Drama Terbaharu Bagi Pengguna Platform iQiyi Dan Primeworks Studio

Selepas pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), pihak Media Prima yakin bahawa kredibiliti yang ditonjolkan iQiyi dapat membantu mengeksport kandungan dan menggilap bakat tempatan di peringkat global.

 

Menurut Ketua Pegawai Kreatif & Kandungan Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof, kerjasama ini sekaligus dapat membuka ruang dan peluang untuk penonton luar negara menonton drama-drama terbaik secara on demand  menerusi platform iQiyi.

“PWS sebagai syarikat media berintegrasi dan pencipta kandungan terbesar negara, percaya usaha sama dengan iQiyi adalah selaras dengan strategi mengembangkan capaian digital kepada lebih banyak pengguna premium bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara.
“Kolaborasi dengan salah satu penyedia platform penstriman OTT membuktikan komitmen PWS dalam membawa drama berkualiti kepada lebih banyak pengguna”

Melalui kerjasama ini, jumlah penonton iQiyi bagi tontonan drama TV3 diperluaskan lagi ke Singapura dan Brunei. Pengguna juga akan dapat menonton rancangan istimewa Ramadan dan Hari Raya seperti Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu, serta senarai tontonan popular yang amat dinanti-nantikan iaitu sambungan drama, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Budak Tebing.

 

Akses tontonan awal

Komitmen kerjasama di antara iQiyi dan Primeworks Studio ini juga akan memberikan kelebihan kepada pengguna yang inginkan akses “tontonan awal” untuk drama terbaharu di platform tersebut berjudul, Shah Alam 40000 yang dibintangi pelakon popular tanah air iaitu Datin Seri Umie Aida, Rita Rudaini, Anna Jobling dan ramai lagi.

 

Malah, bagi pengguna iQiyi yang ingin menonton semua rancangan dan drama menarik TV3, ruangan khas di aplikasi tersebut disediakan dan boleh di akses melalui pautan www.iQ.com/local.

 

Malah, ruangan tontonan tempatan yang diberi nama Local itu mengandungi lebih 1,000 jam senarai tontonan premium tempatan menjelang akhir tahun 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 22 Feb 2018

菲律宾商场「冥纸」当过年装饰!吓坏华人

文化差异闹出大乌龙!在全球华人庆祝农历新年之际,菲律宾一间商场不小心把冥纸错当新年饰品,搭配黄梨灯笼挂在商场内。现场照片被上传至社群媒体后,引来网友直呼:“黄梨代表好运旺,冥纸是要人留下过路财吗?”

Trending Thu, 4 Jul 2019

Making Cendol the new Boba?

Twitter users debates whether the nation’s well-loved dessert should replace the boba trend.

Events Fri, 29 Apr 2022
Trending Sat, 13 Jun 2020
Kes Mahkamah Thu, 21 Dec 2023
Featured Tue, 23 Nov 2021