Trending By: SGMS Faida February 6, 2019 @ 10:15am

‘Aku Punya Suara Kalau Marah 3 Flat Boleh Dengar’- Kakak Pengantin Mengamuk Ditipu Jurugambar

Gara-gara gambar kahwin yang dijanjikan sampai ke sudah tak siap, seorang wanita mengamuk di laman sosial.

Wanita dikenali sebagai Nurul Fitrah Osman meluahkan rasa kesal terhadap seorang jurugambar bernama Fauzi Zawawi selepas gagal menyediakan gambar kahwin adiknya seperti yang dijanjikan.

“ Cara lembut tak jalan kan cara kasar pun dah pergi tempat kerja pun kau buat macam tak bersalah kan kau tunggu aku balik dari bercuti. Aku akan jerit satu tempat kerja kau biar orang tahu kau penipu makan duit haram. Kau jangan main-main aku punya suara kalau marah anak-anak aku 3 flat boleh dengar. Kau tunggu eh s****, aku marah ni,” luahnya geram.

Tambah wanita ini, apa yang membuatkan dirinya kecewa memandangkan dia yang mengenalkan Fauzi kepada adiknya yang merupakan pengantin berkenaan.

Menerusi ruangan komen, salah seorang netizen mendakwa dia juga pernah mengalami nasib serupa apabila ditipu oleh jurugambar sama.

Untuk individu berkenaan, kalau boleh selesaikanlah apa yang patut ya. Dalam perniagaan seharusnya lebih jujur dengan pelanggan, barulah berkat kehidupan. Tak gitu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023
Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Featured Wed, 24 May 2023

Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Min setujuu! Takut eh dengan orang talam dua muka ni 😢😢