Trending By: Syafiqa Irdina April 6, 2020 @ 1:12pm

Alami Simptom Batuk Dan Kurang Selera Makan, Harimau Malaya Bernama ‘Nadia’ Ini Positif COVID-19

Gempar!

Kecoh di laman media sosial seantero dunia hari ini apabila seekor harimau Malaya yang diberi gelaran ‘Nadia’ telah sah positif COVID-19!

Kejadian yang berlaku di Zoo Bronx, New York itu ternyata telah menjadi bualan ramai apabila Harimau Malaya betina berusia 4 tahun itu dikatakan mempunyai simptom batuk dan kurang selera makan.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pihak zoo memaklumkan tidak pasti bagaimana virus itu boleh ada di dalam badan haiwan seperti harimau dan singa kerana setiap spesis memberi tindak balas berbeza terhadap jangkitan, namun akan dipantau dengan lebih dekat.

Haiwan Lain Alami Batuk Kering

Terdapat seekor lagi harimau bernama Azul dan tiga singa Afrika mengalami batuk kering namun kesemuanya dijangka pulih.

Harimau tersebut dilaporkan dijaga oleh penjaga yang mempunyai penyakit atau sebelum dia menerima simptom berkenaan.

Ditempatkan Di Kawasan Berbukit

Kesemua haiwan yang menunjukkan simptom tersebut akan ditempatkan di kawasan berbukit khusus untuk harimau. Walau bagaimanapun, kajian setakat ini masih tiada bukti kukuh menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua Zoo di New York telah ditutup sejak 16 Mac yang lalu.

Kes ini memang tidak terduga dan sangat mengejutkan jadi diingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya duduk di rumah dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: Harian Metro, Instagram Zoo Bronx

Baca Juga: “Kami Semua Duduk Bilik, Lambai Dari Jauh Sahaja” – Kongsi Permaisuri Agong Selepas 16 Kakitangan Istana Positif COVID-19

Baca Juga: [VIRAL] Individu Misteri Sumbang Mesin Pengesan Virus Berharga Ratusan Ribu Di Hospital Sibu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 May 2021

Nak Lebih Healthy Tapi Tetap Nak Enjoy Juadah Raya? Jom Gantikan 5 Bahan Masakan Ini!

Lepas dah sebulan berpuasa, sambutan Syawal adalah masa untuk membalas dendam dan makan semua makanan kan? Faham-faham je lah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol tu! Sedap memang sedap tapi dalam tak sedar

Featured Fri, 30 Sep 2022
Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Tue, 2 Feb 2021

“Saya Minta Maaf…” – Ustaz Ebit Lew Tak Dapat Teruskan Misi Bantuan Di Semporna

Sama sama kita doakan ustaz Ebit Lew terus diberi kekuatan. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikannya❤️

Featured Thu, 1 Dec 2022

Pihak Produksi Hanya Bayar Separuh, Ibu Wafariena Ambil Tindakan Undang-Undang

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik

Featured Thu, 2 Feb 2023
Featured Tue, 11 Jan 2022

| Live TV