Trending By: Padin November 24, 2020 @ 5:53am

“Alhamdulillah, 69 Orang Negatif Covid-19, Tapi…” – Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita bersyukur kerana kebanyakan artis dan krew terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang membuat ujian calitan (swab test) di Pusat Perubatan Management & Science University (MSUMC), Shah Alam mendapat keputusan negatif.

Merupakan salah seorang alumni Management & Science University (MSU), Wany dan pembantu peribadi, Nur Anisah Ahmad Zaki menghubungi pensyarah MSU untuk mendapatkan bantuan bagi melakukan ujian calitan di MSUMC pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Episod ketiga SFMM35 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lalu ditunda kerana salah seorang penyanyi yang bertanding di episod pertama, Alif Satar disahkan positif Covid-19.

“Selepas mendapat perkhabaran terbabit pada Ahad, saya menghubungi pensyarah saya. Dia yang membantu untuk ‘set-up’ ujian calitan serta menghubungkan kami dengan doktor di MSUMC.

“Selain itu, pembantu peribadi saya, Nur Anisah banyak membantu saya dan semua yang hadir ke MSUMC untuk menjalani ujian calitan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

“Sebenarnya, agak sensitif untuk saya jawab tapi ini apa yang saya dapat daripada doktor yang memeriksa kami pada Ahad, semua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan di MSUMC disahkan negatif. Tapi, semuanya harus berhati-hati,” katanya ketika dihubungi Xtra.

Wany Hasrita & pembantu peribadinya, Nur Anisah.

Namun begitu, Wany menasihatkan agar semua pihak sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Mereka yang menjadi kontak rapat haruslah menjalani kuarantin dan menjalankan ujian calitan yang kedua. 

“Masih terlalu awal, semuanya boleh terjadi dan langkah berjaga-jaga haruslah sentisa diambil.

“Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan semuanya akan terus kekal negatif, Insya-Allah,” katanya lagi.

Di SFMM35, Wany mempertaruhkan dua lagu iaitu Canggung yang dipertandingkan di episod pertama serta Belenggu Rindu, duet dengan Datuk Jamal Abdillah yang sepatutnya bersaing di episod ketiga.

Sumber: Instagram Stories MSUMC

Terdahulu, Wany berkongsi perbualan WhatsApp dengan wakil MSUMC berkaitan dengan ujian calitan di ruangan Instagram Stories miliknya dan ia telah disiarkan semula (repost) oleh akaun Instagram MSUMC.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Trending Wed, 1 Jul 2020
#tilljannah Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Sun, 19 Dec 2021

“Anak Dia Tengah Tak Sihat, Dia Tinggalkan Nak Hantar Bantuan Makanan” – Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Netizen Puji Siti Nurhaliza

Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen. Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di […]

Trending Tue, 24 May 2022
Trending Mon, 2 Jul 2018

“Dear Najib, Racial Politics is So Yesterday…”

Netizens are responding to Najib’s racial statements.