Umum mengetahui, pada 5 Januari lalu pelakon, Fizo Omar mendedahkan bahawa bekas isterinya, Mawar dan anaknya Maryam telah disahkan positif COVID-19.
Namun, menerusi hantaran Instagramnya hari ini, Fizo memaklumkan berita gembira apabila anaknya, Maryam kini telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan virus tersebut.
Malah, Fizo sempat memuat naik video menyentuh hati saat dia berjumpa Maryam buat kali pertama setelah sekian lamanya.
https://www.instagram.com/tv/CKOynNLA1AO/?igshid=1539omznp5jjj
Fizo turut menzahirkan perasaan syukur apabila melihat anaknya kini sihat seperti sediakala, malah dia turut menasihatkan orang ramai untuk terus menjaga kesihatan.
Rata-rata peminat yang turut menonton video tersebut turut gembira dan terharu melihat keadaan Maryam dan mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka.