Categories: FeaturedTipsTrending

Amalkan 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Daki Badan Ketika Mandi..Jom Sental!

“Eh Man, Mama tengok mandi berjam-jam lama, tapi cuba Man pergi tengok kat cermin kejap. Kat leher tu banyak lagi daki. Kena sental betul-betul, macam tulah cara hilangkan daki yang betul. Bukan duduk bawah ‘shower’ je.”

Bukan budak kecil saja yang tak pandai hilangkan daki dengan betul, orang dewasa pun tidak terkecuali.

Yang penting asal mandi, dapat hilangkan bau badan dan segarkan badan sebelum tidur. Entah-entah ada yang tak pakai sabun langsung sebab nak cepat. Kalau dijadikan tabiat, lama-kelamaan daki akan semakin berkumpul di badan sehingga bertukar warna kehitaman.

Tapi sebenarnya kalau anda mandi empat kali sehari pun tak menjanjikan daki akan hilang jika tidak membersihkan 5 anggota badan ini dengan sempurna. Ini kerana 5 anggota badan ini merupakan bahagian yang mudah terdedah dengan kotoran.

CARA HILANGKAN DAKI DI BADAN KETIKA MANDI. JANGAN LUPA 5 ANGGOTA INI!

Ini cara hilangkan daki supaya anda lebih bersih dan segar selepas mandi.

1. SIKU

Seeelok-eloknya, tiap kali mandi, sapu exfoliating cream pada siku dan gosok mengguna loofah. Daki dan sel mati akan mudah tertanggal. Untuk memutihkan siku, sapu dengan jus lemon.

2. LEHER

Bahagian ini, terutamanya di bahagian belakang leher memang jarang diberi perhatian. Sebab itu daki mudah berkumpul terutamanya di belakang tengkuk kerana ia jarang dicuci dengan sempurna. Setiap kali mandi, pastikan bahagian belakang leher dicuci dengan sabun. Sental dengan loofah untuk menghilangkan daki yang degil.

3. TELINGA

Sama seperti leher, bahagian belakang telinga juga sering diabaikan, terutamanya pada bayi. Tidak hairanlah kotoran suka berkumpul di bahagian tersebut. Pastikan setiap kali mandi, anda cuci bahagian belakang telinga dan keringkan dengan betul untuk mengelakkan kelembapan. Daki mudah berkumpul di tempat yang lembap.

4. LUTUT

Lutut juga sama seperti siku. Bahagian badan ini cenderung menjadi kasar dan kehitaman. Boleh lakukan cara yang sama untuk mencerahkannya iaitu dengan bantuan krim atau jus lemon.

Pelipat belakang lutut juga jarang disental sewaktu mandi menyebabkan daki mudah berkumpul di bahagian tersebut.

5. CELAH PAHA

Ramai yang tidak sedar bahawa daki mudah berkumpul di celah peha ini kerana ia biasanya tinggi kelembapan. Namun, ia jarang diberi perhatian sewaktu mandi. Sebab itulah bahagian ini cenderung berubah warna menjadi gelap kerana kita kurang memberi perhatian terhadapnya.

PASTIKAN 5 ANGGOTA INI DISENTAL SETIAP HARI,

… jika tidak daki mudah berkumpul dan sukar untuk dihilangkan dengan cepat. Tidak kiralah berapa lama anda mandi atau berapa banyak air anda gunakan setiap hari, kesan daki tetap tidak akan tertanggal daripada badan jika tidak disental dengan baik.

tex_admin