Trending By: SGMS Faida May 23, 2018 @ 4:55am

Amarah Kilauea Terus Mara, Bumi Hawaii Makin Panas!

Aliran ‘raksasa api lebur’ terus memecah belahan hutan dan kawasan perairan di bumi Hawaii! Lahar yang dimuntahkan dari gunung berapi Kilauea dilaporkan semakin meningkat.

Bayangkan, bot-bot yang berada di kawasan perairan berdekatan kini berdepan risiko kerana bongkah-bongkah batu panas turut tercampak keluar secara rawak dan tidak diduga. Hari ini, letusan Kilauea memasuki hari ke 19 namun situasi tidak menunjukkan ia bakal reda.

Menurut agensi pertahanan awam Hawaii, lahar dilaporkan mengalir mendekati sebuah loji kuasa geoterma.

Para pekerja di loji geoterma itu, yang membekalkan sekitar 25 peratus bekalan elektrik di Big Island, bertungkus-lumus mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya lahar melepasi bahagian sensitif fasiliti itu hingga menghasilkan pencemaran toksik seterusnya.

Sekurang-kurangnya 47 kediaman dan struktur binaan lain musnah di kejiranan Leilani Estates dan Lanipuna Gardens. Seorang lelaki dilaporkan cedera parah pada Sabtu kerana terkena percikan lahar.

Kira-kira 2,000 orang sudah dipindahkan, dan ramai lagi meninggalkan kediaman masing-masing secara sukarela.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Trending Thu, 15 Mar 2018

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Trending Thu, 1 Jul 2021

“Jangan Malu Nak Dapatkan Bantuan” – Pernah 3 Kali Terfikir Nak Bunuh Diri, Deja Moss Dedah Alami Kemurungan Selama…

Penyanyi Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, mendedahkan dia pernah mengalami depresi selama empat tahun. Menurut Deja yang popular dengan lagu Asmara Ini, dia pernah terfikir untuk menamatkan nyawanya sendiri sebanyak […]

Trending Wed, 7 Apr 2021
Featured Thu, 15 Dec 2022
Trending Fri, 2 Mar 2018

Starbucks Collaborates With GSC for Buy 1 Free 1 Promo

Time to jio your friends and family for some coffee and movies because Starbucks is collaborating with GSC cinemas for a Buy 1 Free 1 promotion.

Featured Tue, 9 May 2023