Trending By: Padin December 14, 2021 @ 8:24pm

Ambil Pekerja Orang Kurang Upaya, REV Media Group Terima Anugerah Majikan Prihatin

REV Media Group (dahulu dikenali sebagai Media Prima Digital Sdn Bhd) telah dipilih sebagai salah satu penerima anugerah ‘Majikan Prihatin’ oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini di atas usaha mengambil Mohd Akmal Bin Shapii, seorang kurang upaya (OKU) sebagai pekerja di bawah Insentif Pengambilan Pekerja (Program PenjanaKerjaya 3.0).

Mohd Akmal, 25, merupakan Eksekutif Jurutera Data di REV Media Group dan telah mula berkhidmat sejak bulan Jun lalu ketika negara masih dalam fasa pandemik.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) pada hari ini bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Program hari ini merupakan kesinambungan usaha Kementerian Sumber Manusia, dalam usaha memberikan peluang yang sama rata kepada golongan ini untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

“Ini membuktikan tiada golongan yang terabai mahupun tercicir oleh Kementerian Sumber Manusia termasuk golongan Orang Kelainan Upaya yang perlu diberikan peluang pekerjaan yang sama rata, seperti pencari kerja yang lain,” kata Saravanan.

Akmal tergolong dalam golongan OKU kategori kurang upaya fizikal di mana seseorang individu itu mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.

Menurut Akmal, dia merupakan seorang yang normal ketika lahir namun selepas kejadian terjatuh dari buai ketika berumur tiga bulan, kakinya patah dan semakin lemah dan sudah tidak mampu untuk berjalan.

“Saya mula menggunakan kerusi roda sejak dari zaman sekolah rendah. Sebelum itu masih boleh berjalan seperti biasa namun selepas beberapa kali kejadian kaki patah, doktor mengesahkan saya mengalami osteogenesis imperfecta, gangguan tulang sejak dari dari lahir.

“Umum sedia maklum ada sesetengah majikan di luar sana yang beranggapan OKU ini menjadi beban kepada mereka. Majikan di luar sana tidak perlu berasa takut untuk mengambil warga OKU bekerja kerana kami juga boleh bekerja seperti orang biasa.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada REV Media Group, Media Prima, dan PERKESO kerana percayakan saya dan memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada syarikat,” kata Akmal.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, “Kami semestinya berasa bangga dengan kehadiran Akmal dan percaya dia boleh berkongsi bakatnya sama seperti orang lain. Di REV Media Group dan di Media Prima umumnya, kami mengalu-alukan bakat yang pelbagai tidak kira dari sesiapa pun.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 May 2023
Trending Fri, 16 Jul 2021

Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

Lagenda muzik rock Malaysia, Datuk Awie tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu. Coretan Pilu merupakan gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Teruja Lihat Kampung Anak Maryam Younarae & Ryzal Ibrahim Durian Kimchi – “Pergh Dia Punya Kampung Dekat Korea…”

Pasangan suami isteri pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae membawa anak sulung perempuan mereka, Rina, pulang ke Korea Selatan, baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, keluarga kecil itu sedang meluangkan masa

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Wed, 1 Mar 2023

| Live TV