Trending By: Aisyah Badrul March 20, 2020 @ 1:25pm

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja. 

Namun, tidak untuk pelakon Nabila Huda apabila dia perlu menjalani penggambaran di Kelantan semasa tempoh kawalan pergerakan mula berkuatkuasa.  Pekara ini diluahkan oleh Nabila Huda sendiri menerusi sebuah entri di laman Instagram milik peribadinya. 

Menerusi kapsyen  Abil, ketika kerajaan memerintahkan kawalan pergerakan untuk rakyat Malaysia, dia masih lagi di Kelantan perlu bekerja dan meneruskan penggambaran. Apa yang lebih menyedihkan, Abil teringin untuk makan maggi ketam tetapi malangnya semua kedai makan di Kelantan ditutup. 

Anak aku patutnya ada di rumah, bukan bekerja!

Perkongsian selebriti tersebut ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dan lebih mengejutkan, bapa kepada  Abil iaitu Amy Search  bertindak meninggalkan komen pada foto anaknya itu. Menerusi komen tersebut, Amy meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak produksi yang masih meneruskan penggambaran walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan kawalan pergerakan.

Penyanyi rock lagenda  itu juga meminta anaknya supaya pulang ke rumah dengan segera dan meminta pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap pihak kru produksi tersebut.

“Balik Sekarang..” – Berang Anak Masih Bekerja, Amy Search Sound Kru Produksi

Baru-baru ini Abil telah memuatnaik skeping foto dengan kapsyen “home sweet home,” menunjukkan bahawa dia sudah selamat tiba di rumah. Wah, bila dah selamat tiba di rumah boleh la Abil masak maggi ketam sendiri. Hilang terus craving, hiks!

 
 
 
View this post on Instagram

Home sweet home.?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Pastikan korang juga duduk di rumah diam-diam ya. Stay safe!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Apr 2022

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Penjelasan tentang harga konsert Aina Abdul yang dikata mahal.

Trending Wed, 1 Jul 2020

Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Akhirnya Berpisah

Kasihku sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadannya..

Featured Wed, 22 Sep 2021
Trending Wed, 13 Jul 2022

“Tutup Terus Pusat Komedi Itu… Saya Tidak Sependapat” – Syamsul Yusof Saran Beri Amaran Keras & Undang-Undang Diperketat

Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof dilihat memberikan pendapatnya mengenai isu yang sedang tular berkaitan seorang pelawak yang dilihat seolah-olah mencabar agama. Menurut Syamsul menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, beliau menyarankan agar pihak berwajib

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang

| Live TV