Categories: Trending

“Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin berkongsi berita duka apabila pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 semalam.

Sarah bersama suaminya, pelawak Shuib dan anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, menjalani ujian calitan sebentar tadi.

“Jantung ni macam nk jatuh bila maid Sarah positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah, yang Sarah risau anak-anak dan baby dalam perut ni. Anak-anak Sarah sekarang ni tengah demam. Ya Allah, berderau darah ni,” tulis Sarah di salah sebuah hantaran terbaru di laman Instagram.

Pelantun lagu Kesetiaan ini turut berharap agar ahli keluarga dijauhkan daripada wabak yang berbahaya ini.

“Macam-macam benda Sarah fikir, kalaulah Sarah dan suami positif, macam mana anak-anak. Kalau anak-anak pula positif, siapa nak jaga mereka di pusat kuarantin?

“Minta jauh Ya Allah… Kami satu keluarga baru sahaja buat swab test, harap-harap semua tak ada apalah. Sarah kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata positif dan berharap agar mereka sekeluarga baik-baik sahaja.

Padin