Trending By: SGMS Enal December 6, 2019 @ 12:24pm

Anak Krakatau Mampu Robohkan Patung Statue of Liberty AS

Sama ada anda perasan atau tidak, tahun ini memperlihatkan perubahan iklim yang sangat ketara di seluruh dunia sehingga pakar-pakar memberi amaran bahawa bumi akan musnah jika tidak dipelihara dengan sebaiknya.

Terbaharu, satu kajian yang dijalankan oleh Brunel University di London mendapati bahawa pada 22 Disember 2018 lalu,  gelombang ombak setinggi 150 meter telah tercetus akibat jatuhan lava Anak Krakatau ke lautan.

Gunung berapi Anak Krakatau yang berada di Selat Sunda, Indonesia itu akan merobohkan patung Statue of Liberty di Amerika Syarikat sekiranya kekal menuju ke daratan. Ia boleh mencapai setinggi 93 meter.

Menurut Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor, Profesor Madya Dr Ir Muhidin Ariffin, tenaga angin bertiup melalui permukaan air yang bergerak dalam gerakan bulat membentuk ombak.

Sekiranya berlaku taufan, ombak akan menjadi lebih ganas. Tekanan angin kuat menyebabkan berlaku lonjakan ribut dan siri jarak gelombang yang panjang di bawah paras air jauh dari pantai dan jarak gelombang itu semakin bertambah ketika ia bergerak menghampiri pantai.

Malaysia sememangnya tiada ancaman gunung berapi namun hasil daripada jarak gelombang ombak yang sangat panjang dari Indonesia pasti akan turut memberi kesan kepada negara ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah memasang sebanyak 20 alat pengesan gegaran gempa bumi di seluruh Malaysia iaitu lapan alat pengesan pergerakan kecil dan 12 unit jenis pergerakan kuat seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Beluran, Tawau dan Lahad Datu. Alat tersebut boleh mengesan pergerakan ombak.

Namun, sistem lain seperti sistem untuk memantau dan mengesan gempa bumi juga perlu dimiliki oleh Malaysia seperti sistem untuk mengesan perubahan suhu, gelombang bunyi frekuensi rendah, alat pengesan pergerakan kecil.

Kepakaran mengenai sesar aktif  dan risiko gempa bumi juga perlu ditingkatkan sebelum berlakunya kejadian buruk.

Sumber : The Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Thu, 1 Sep 2022

“Bukan Untuk Suka-Suka, Tetapi…” – Alicia Amin Jelas Isu Protes Di KLFW 2022

Pasti ada sebab tersendiri kenapa Alicia buat protes tu kan! Apapun Alicia memang ‘berani’!!