Trending By: Del14 September 5, 2019 @ 10:44am

Anak Muda Kg Cherating Menang Luncur Ombak di India

Baru-baru ini RENextop Asia Surfing Tour, sebuah syarikat dari Cina telah mengadakan pertandingan luncur ombak antarabangsa di Chennai, India pula setelah mengadakan acara yang sama di Bali, Indonesia baru-baru ini.  Kali ini, SAFARI Xtreme Sports & Events yang sudah semakin sinonim dengan sukan luncur ombak dan sukan ekstrem di Malaysia telah membawa 11 peluncur ombak dari (tidak lain tidak bukan) Kg Cherating, Pahang, Malaysia.

Sejak Majlis Olimpik Malaysia mengumumkan bahawa acara sukan luncur ombak akan dipertandingkan di Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina pada bulan November ini, para peluncur tempatan kita semakin berkobar semangat dan mula berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka agar dapat membawa pulang pingat untuk negara tercinta Malaysia. 

Didaqt dan Mencos masing dengan hadiah dan trofi selepas memenangi tempat ketiga shortboard dan juara longboard.

11 peserta tersebut terdiri daripada dua orang peserta wanita, Mona Rasidah 34 tahun dan Qadeja Musaddiq 18 tahun.  Kedua-duanya berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Ini juga merupakan pengalaman pertama Qadeja menjejakkan kaki di luar negara, jadi ia merupakan suatu “pengalaman yang sukar dilupakan” katanya. Di antara sembilan peluncur lelaki yang juga diterbangkan ke Chennai oleh SAFARI X, salah seorang adalah merupakan peluncur ombak berasal dari Batu Karas, Indonesia, Arip Nurhidayat atau lebih dikenali sebagai Mencos.  Beliau muncul juara bagi kategori longboard mewakili SAFARI X.  Indonesia terkenal dengan bakat yang hebat, dan tujuan SAFARI X adalah agar peluncur ombak tempatan kita dapat belajar dari rakan tim dari Indonesia ini.

Tim SAFARI X menuju ke pantai Kovallam, Chennai, India

Barisan peluncur ombak shortboard dan longboard terdiri daripada Didaqt Musaddiq 24, Mamat Daud 30, Yen Nasruddin 25, Semmy Hassan 24, dan Syahir Hayu 25.  Didaqt, Mamat, Yen dan Semmy berjaya mara ke peringkat suku akhir, dan Didaqt akhirnya muncul juara tempat ketiga untuk kategori shortboard.  “Suatu kepuasan yang amat sangat dan saya akan terus berlatih untuk melayakkan diri ke Sukan SEA nanti, Inshaa Allah” kata Didaqt ketika ditemubual oleh Xtra!

“Semoga dengan pendedahan seperti ini dapat meningkatkan lagi peluang mereka untuk menyertai Sukan SEA di Filipina tahun ini” begitulah harapan SAFARI X, menurut pengarah programmnya Mushidy Ibrahim. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk anak-anak muda tempatan kita, semoga bakat dan sukan luncur ombak ini semakin maju di Malaysia.  SAFARI X juga akan mengadakan pertandingan luncur ombak untuk mencari bakat-bakat muda bermula dari lima tahun hingga 16 tahun melalui acara tahunan SAFARI GROM SEARCH yang akan diadakan di Pantai Cherating, Pahang pada 13 – 15 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 May 2021

Cara Semakan Nombor Baucer BPR Fasa Kedua Bagi Bayaran Tunai

Umum maklum, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bayaran Fasa 2 ini juga telah mulai dikreditkan kepada penerima mulai 7 Mei 2021 secara berperingkat. Manakala bagi penerima tunai, anda akan menerima bayaran mulai 17 Mei 2021 namun ada yang […]

Trending Sun, 11 Mar 2018

Top 8 Craziest Things Malaysian Kids Used to Do When Our Parents Weren’t Home

When our parents are not at home, we kids rule the house!

Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

Featured Tue, 22 Feb 2022
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Trending Sun, 9 May 2021
Trending Tue, 19 Jan 2021
Featured Fri, 11 Aug 2023
Featured Fri, 19 Mar 2021

Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang […]