Trending By: SGMS Enal August 10, 2019 @ 3:23pm

Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu Pula Yang ‘Lemas’

Permainan yang bersaiz kecil terutamanya boleh mendatangkan risiko kecederaan kerana kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu di dalam mulutnya. Begitulah yang terjadi pada seorang bayi berusia 1 tahun dari Zhuhai, Guangdong yang tidak sengaja menelan permainan blok bangunan kecil berbentuk T sehingga menyebabkannya tercekik.

Cemas akan situasi tersebut, ibu kepada kanak-kank tersebut mengambil keputusan untuk mengeluarkan permainan itu dengan kadar yang segera daripada dalam mulut anaknya. Namun, malang menimpa dirinya apabila blok mainan tersebut pula beralih ke kerongkongnya dan membuatkannya ‘lemas’. Perkara ini terjadi kerana ibu berkenaan cuba mengeluarkan blok mainan tersebut daripada mulut anaknya dengan cara menyedutnya. Daya sedutan yang terlalu tinggi telah menyebabkan blok mainan tersebut bergerak ke ruang kerongkongnya.

Akibat daripada kejadian tersebut, wanita tersebut mengalami  batuk kuat dan kesukaran bernafas. Walau bagaimanapun, mujurlah wanita tersebut segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Keadaan kembali reda apabila doktor telah berjaya mengeluarkan blok mainan tersebut dalam masa kira-kira setengah jam.

Terkesan dengan kejadian tersebut, doktor mengingatkan agar ibu bapa sentiasa mengetahui langkah pertolongan cemas dengan betul yang hendak dilakukan. Selain itu, pemantauan terhadap anak-anak juga perlu dipertingkatkan supaya kejadian tersebut tidak berlaku lagi.

Sumber: Oriental Daily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022
Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Hiburan Thu, 24 Nov 2022

Eyka Farhana & Akhyar Rashid Balas Pantun Rindu Di TikTok

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon jelita Eyka Farhana yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama Akhyar Rashid, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh […]