Categories: FeaturedTrending

Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ Trending Di Twitter, Anna Jobling & Meerqeen Buat Peminat Excited

Umum mengetahui drama bersiri Melur Untuk Firdaus berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Menutup tirai di slot Lestary TV3 pada 15 Julai tahun lalu, naskhah terbabit berjaya meraih 11 juta penonton.

ARTIKEL BERKAITAN:Penangan Melur Untuk Firdaus Raih 11 Juta Penonton, Capai 832 Juta Interaksi Di Media Sosial

Terbaharu, pasangan serasi drama bersiri terbabit, Meerqeen dan Anna Jobling memuat naik Instagram Story sedang membaca skrip karya Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik oleh Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam di Instagram Story, dia memaparkan foto skrip drama tersebut.

“Bismillah. Insya-Allah,” tulisnya di kapsyen.

Dia juga sempat berkongsi gambar dengan barisan pelakon drama itu dan meletakkan hashtag #MelurUntukFirdausSeason2.

Manakala buat pelakon jelita pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia memuat naik Instagram Story beserta gambar skrip drama itu.

“How I would describe the feeling of nervousness and pressure,” tulis Anna di story tersebut.

Bukan itu sahaja, hashtag #MelurUntukFirdausSeason2 juga ‘trending’ di Twitter dan meraih sokongan ramai terutamanya buat peminat pasangan #Meerna yang telah mengikuti perjalanan drama itu sejak musim pertama lagi.

Bahkan, ada segelintir peminat drama Melur Untuk Firdaus meluahkan rasa teruja dan memuat naik videos ‘throwback’ di Twitter bagi memberi sokongan kepada drama itu.

Khairunnisa Mohamad Musa