Featured By: Ad Ops September 2, 2018 @ 2:00pm

Anugerah Berprestij ABPBH Kembali Lagi, Jom Undi Artis Kegemaran Anda!

Acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni dan peminat industri hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), kini kembali lagi untuk edisi terbaru iaitu yang ke-31!

Tahun lepas, Fattah Amin dah menang. Siap bawa pulang kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 lagi! Wow!

Tahun ini, anda rasa siapa pula yang akan merangkul gelaran Bintang Paling Popular?

Jangan lupa, ya! Anda ada kuasa untuk tentukan siapa juaranya dengan mengundi artis kegemaran anda di laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my.

Bagi anda yang tak tahu, acara tahunan anjuran akhbar BH ini merupakan satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia.

Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada artis tempatan serta peluang kepada pembaca setia BH untuk turut serta dalam acara berprestij ini.

Sama seperti edisi terdahulu, takdir para pemenang di tangan anda. Tapi edisi kali ini, anda hanya ada masa hingga 25 September untuk mengundi.

Jawapan kepada teka-teki ini akan didedahkan pada 7 Oktober nanti apabila acara ABPBH 31 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jika anda tak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut, tonton saja di kaca televisyen! Ia akan bersiaran secara langsung di saluran TV3 bermula 9 malam.

Foto: NSTP/Aziah Azmee

Tema baru

Edisi sebelum ini, ABPBH 3.0 yang berlangsung tahun lepas telah mencatatkan jumlah tontonan tertinggi iaitu sebanyak 5.5 juta. Wow! Memang terbuktilah yang acara ini menjadi pilihan ramai setiap tahun.

Dan bagi setiap penganjurannya, ABPBH selalu memastikan yang ia kekal relevant dengan orang ramai serta peredaran zaman.

Untuk ABPBH 31, pihak penganjur telah memilih tema “Infiniti” yang melambangkan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai medium.

Pengarang eksekutif BH merangkap penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, pemilihan tema ini selari dengan rekod cemerlang dan sejarah BH sebagai pembekal kandungan utama pilihan pembaca sejak 61 tahun lalu.

“Diharap ia dapat diserapkan dalam semua aktiviti, promosi dan publisiti ABPBH 31 sekali gus membuka minda setiap daripada kita dalam mencari kecemerlangan tanpa batasan, baik dalam aspek berkarya, kerjaya atau komersial.

“Penggiat seni, artis mahu pun karyawan juga boleh mempraktikkan takrifan istilah infiniti dalam meningkatkan pencapaian, mutu produk dan perjuangan seni,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Fuuuh, menarik! Hmm… macam manalah agaknya tetamu-tetamu ABPBH 31 nanti nak menterjemahkan tema Infiniti ini ke pilihan outfit mereka? Tak sabar nak tengok!

Foto: NSTP/Aziah Azmee

Jom undi!

Terdapat 13 kategori utama bagi ABPBH 31, iaitu:

  • Artis Baharu Lelaki Popular
  • Artis Baharu Wanita Popular
  • Pelakon Filem Lelaki Popular
  • Pelakon Filem Wanita Popular
  • Pelakon TV Lelaki Popular
  • Pelakon TV Wanita Popular
  • Penyanyi Lelaki Popular
  • Penyanyi Wanita Popular
  • Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
  • Artis Komedi Popular
  • Artis Versatil Popular
  • Pengacara TV Popular
  • Penyampai Radio Popular

Kategori online pula terdiri daripada:

  • Artis Sensasi Popular
  • Pasangan Serasi Drama
  • Pasangan Serasi Filem
  • Instafamous Cilik Popular
  • Personaliti Media Sosial Popular

Setiap kategori utama melibatkan 20 calon, manakala kategori online pula ada 15 calon setiap satu.

Popular-popular semuanya! Janna Nick, Zul Ariffin, Fattah, Fazura, Remy Ishak, Ayda Jebat, Stacy, Dayang Nurfaizah… aduh, tak boleh agak siapa yang akan menang!

Jika anda ingin artis favourite anda muncul juara, jangan lupa undi, okay?

Panggil geng ramai-ramai dan layari saja www.abpbh.com.my untuk membuat undian. Ingat! Tarikh tutup untuk undian adalah pada 25 September.

Singgah ke laman web yang sama untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berita terbaru tentang ABPBH 31.

Foto: NSTP/Luqman Hakim Zubir

Lokasi rasmi acara kemuncak ditaja oleh PICC manakala Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) adalah penyiar televisyen (TV) rasmi.

Selain itu, Kool FM dan Hot FM menjadi stesen radio rasmi; Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Alolo sweetnya Fafau dengan Anuar Zain 🥰🥰 Siti Nurhaliza pun doa agar mereka berjodoh ☺️ Heheee ☺️

Featured Sun, 8 Aug 2021

Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Boleh Rentas Daerah

Individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata individu yang ingin […]

Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni

Featured Sat, 11 Nov 2023
Trending Thu, 26 Nov 2020

Dakwaan Video B*gel Buat Afieq Shazwan Terkilan

Ish ish ish, tak baik orang dakwa Afieq macam tu!

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri. Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai. “Saya nak exposure, nak orang tengok! […]

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!